BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2023 (Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam)
Kepada penjawat awam dan pesara yang layak,pasti anda ingin tahu bilakah tarikh bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam 2023. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Penjawat Awam 2023 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Untuk makluman, bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2023
Beerikut adalah merupakan kadar bayaran bonus bagi tahun 2023:
- Penjawat awam: RM700
- Pesara : RM350
TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2023
Bayaran bantuan khas kewangan tahun 2023 akan diberikan kepada kakitangan awam yang layak pada 17 Januari 2023
Nak mohon pinjaman? Boleh semakan laporan CTOS
KATEGORI PENJAWAT AWAM LAYAK BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak.
Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak tersebut merupakan:
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service (COS)
- Pegawai yang bercuti gaji penuh
- pegawai yang bercuti separuh gaji
- pegawai yang bercuti tanpa gaji
- pegawai yang dipinjamkan terrmasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
- Pegawai lantikan MyStep yang telah berkhidmat selama sekurang-kurang 6 (enam) bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MyStep pada 17 januari 2023
- guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
- pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
- Pesara kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 17 Januari 2023 akan dibayar sebanyak RM 350.00 oleh JPA manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.
- Pesara dan veteran , yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar sebanyak RM 700.00
KATEGORI PENJAWAT AWAM TIDAK LAYAK BANTUAN KHAS KEWANGAN
- Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred jawatan utama/Gred khas.
- pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempah 1 januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.
- pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
- Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa tatatertib akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023. Pegawai hanya layak dibayar sekiranya Pihak berkuasa tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.
Untuk lebih lanjut boleh merujuk surat edaran: JPA.800-3/2/4(17)
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023
Untuk mengetahui soalan lazim mengenai bonus penjawat awam & pesara 2023 boleh rujuk di DI SINI
1 thought on “BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2023 (Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam)”