PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN SETIAP NEGERI

PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN SETIAP NEGERI

BANTUAN PERKAHWINAN

Untuk melaksanakan majlis perkahwinan memerlukan sejumlah wang yang cukup besar, namun terdapat BANTUAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA. Walapun jumlah bantuan hanyalah sedikit, namun ia sekurangnya membantu pasangan yang mempunyai niat yang baik untuk berkahwin. Berikut adalah senarai

 

BANTUAN PERKAHWINAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bantuan ini di bawah Skim Bantuan Perkahwinan MAIWP untuk membantu meringankan beban asnaf untuk menlansungkan perkahwinan.

 

SYARAT UMUM BANTUAN PERKAHWINAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Borang permohonan (Borang Permohonan)
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan: ( Pemohon,Suami, Isteri, Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ] *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  • Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  • Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.

 

BANTUAN PERKAHWINAN DI SELANGOR



Bantuan perkahwinan di Selangor melalui program Insentif Generasi Muda Selangor(IGEMS).

 

INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR(IGEMS) RM300

 

SYARAT PENDAFTARAN IGEMS( Syarat Berdasarkan Individu)

  • Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
  • Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
  • Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  • Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
  • Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  • Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas.

(*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)

 

SYARAT LAYAK PROGRAM IGEMS

  • Suami atau / dan isteri mesti memenuhi Syarat Pendaftaran iGems
  • WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri)
  • Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan

 

BANTUAN PERKAHWINAN DI TERENGGANU
Bantuan perkahwinan di Terengganu melalui Program Walimatulurus Perdana.

 

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA

  • Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
  • Perkahwinan kali pertama
  • Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
  • Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
  • Pendapatan pasangan RM3,000 ke bawah.
  • Pendapatan ibu bapa pasangan RM5,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
  • Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
  • Keutamaan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

PERHATIAN: Tarikh tutup permohonan Walimaturus Perdana SEBELUM 15 Mei 2020 (Ahad).

 

BANTUAN PERKAHWINAN DI KELANTAN

Bantuan perkahwinan di Kelantan melalui program Skim Gerbang Az-Ziwaaj.

 

SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ (RM1000)

SYARAT PERMOHONAN SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ

  • Rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
  • Di Pohon Pihak Lelaki Sahaja.
  • Bagi Bukan Rakyat Kelantan :
    • Bermastautin Melebihi 15 Tahun
    • Surat Pengesahan Dari Pusat Khidmat Dun
    • Sijil Berhenti Sekolah Rendan & Menengah
  • Pendapatan Pemohon Tidak Melebihi RM1000 Sebulan Dengan Meyertakan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Oleh Penghulu Mukim / Penggawa.
  • Permohonan Untuk Perkahwinan Pertama Sahaja.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Gambar Berukuran Pasport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
  • Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  • Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  • Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan

Untuk Keterangan & Maklumat Lanjut, Boleh Berhubung Dengan Penghulu  Mukim @ Hadir Ke : Pusat Khidmat Masyarakat ADUN yang berhampiran tempat tinggal masing di kelantan.

 

BANTUAN PERKAHWINAN DI PAHANG

Bantuan perkahwinan di Pahang melalui Insentif Khas Pasangan Pengantin.

INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN (RM200)

 

SYARAT KELAYAKAN INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif.
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

 

BANTUAN PERKAHWINAN DI JOHOR

Antara inisiatif itu adalah bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan bangsa Johor yang pertama kali berkahwin, dengan pendapatan bersama bawah RM5,000

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN MEMOHON.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Rakyat Negeri Johor.
  3. Pemastautin yang melebihi lima (5) tahun.
  4. Kursus bagi perkahwinan kali pertama sahaja.
  5. Kursus yang diadakan di Negeri Johor sahaja.
  6. Hadir dengan jayanya Kursus Perkahwinan dengan bayaran RM120.00.
  7. Kursus yang diadakan selepas 9 Mei 2018.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN.

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan buku bank / penyata bank pemohon; dan
  3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Yang Asal dan salinan. Jika Sijil hilang, pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan kehadiran dan bukti kehadiran kursus daripada penganjur.
  4. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung atau Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (jika pemastautin), dan dokumen sokongan (bil-bil utiliti) jika berkaitan

CARA PERMOHONAN

  1. Muat Turun borang permohonan Bantuan Insentif Kursus Perkahwinan Islam Negeri Johor
  2. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada penganjur kursus perkahwinan selepas tamat kursus atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursus dikeluarkan.
  3. Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses.

12 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN SETIAP NEGERI”

  1. Saya mohd omra bayani ingin berkwin masalanya gaji tdk cukup, bolehkah saya memohon rm7000 sbgai persiapan perkwinan dan skligus baki puli rmh kayu mama saya yg sudah uzur saya tggl disndakan sabah

    Balas
  2. Aslam alikum saya ucap terima kasih kepada Allah saya minta bantuvan saya masuk Islam dalam penjara tahun2019 saya minta puluwang.saya duduk dalam12tahun baru kuluavar 2022tahun.ibu bapa da meningal famyli saya pun tak terim pasal saya masuk islam.tolong bantuvan saya.sekiyan tirima kasih puan@tuhan

    Balas

Leave a Comment