PERMOHONAN BPTAR 2023 (Bantuan Pelajaran RM300 Sebulan)
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Biasiswa ini ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian. Selain daripada elaun, BTAR juga membantu para pelajar dengan program kepimpinan dan mentorship.
APA ITU YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 1966 hasil inisiatif gagasan Utusan Melayu atau kini dipanggil sebagai Utusan Malaysia. Pembiayaan bantuan pelajaran dibawah YTAR bermula dengan tabung sumbangan kumulatif para pemimpin Malaysia yang bersemangat membantu pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik.
Walaupun pada asalnya ia bermula dengan hasrat membantu orang Melayu yang miskin, namun tabung ini berkembang dengan cepat untuk membantu kaum-kaum lain di Malaysia selain memperingati dan memberi penghormatan kepada Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang telah menyatukan rakyat Malaysia. Sejak penubuhannya, telah ramai rakyat Malaysia khususnya mereka yang datang daripada keluarga miskin atau B40 yang menikmati pembiayaan bantuan pelajaran daripada YTAR.
APA ITU BTAR
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta. Oleh kerana BTAR menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.
KELEBIHAN BTAR
Kepada pemohonan yang berkelayakan akan menerima biasiswa ini untuk mendapat bantuan kewangan seperti berikut:
- Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
- Elaun bulanan: Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
- Elaun tahunan: Elaun tahunan diberi untuk pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap penerima. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
- Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun ini diberikan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
CIRI-CIRI PROGRAM BTAR
Kepeada penerima biasiswa perlu menyertai program kepimpinan yang disediakan merangkumi:
- Mentorship
- Penerima biasiswa akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga alumni tentang kerjaya dan perkembangan diri.
- Peluang pembangunan
- Penerima biasiswa akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
- Projek kemasyarakatan
- Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap penerima biasiswa perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan yayasan ini.
TARIKH PERMOHONAN BPTAR 2023
Pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu membuat permohonan sebelum 6 Mei 2023.
SYARAT PERMOHONAN BPTAR 2023
Berikut adalah Syarat Permohonan BPTAR :
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
- Telah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.
Keutamaan diberikan kepada:
- Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
- Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman.
- Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.
CARA PERMOHONAN BPTAR RM300 SEBULAN
Semua calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut langkah berikut:
- Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman’s
- Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Tulis esei permohonan.
- Tunggu panggilan temuduga.
- Semak keputusan penawaran biasiswa.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen sokongan terbabit perlu dilampirkan bersama borang permohonan iaitu:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan keputusan Pra-U atau semester terkini.
- Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).
- Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan atau slip cukai pendapatan atau slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) atau penyata akaun bank.
- Surat Sokongan/Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) iaitu https://www.yayasantar.org.my/.
Ada Masalah Untuk Buat Permohonan BPTAR?
Sila hantarkan emel kepada kami ke [email protected] berserta tangkapan skrin masalah tersebut. Pihak kami akan membalas pertanyaan anda.
ARTIKEL LAIN
BANTUAN PELAJAR IPT:CARA PERMOHONAN(SENARAI BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN TINGGI)
saya nak bertanya. Macamana dgn pelajar asasi sains (UNIMAS) boleh ke dia memohon?
kalau pelajar Universiti Putra Malaysia boleh mohon tk?