CARA DAFTAR PRASEKOLAH ONLINE/MANUAL 2024/2025 (Semakan Keputusan Rayuan ePrasekolah)
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftar anak pra sekolah, kini pendaftaran Prasekolah Online 2024/2025 (ePrasekolah) telah dibuka. Ibubapa boleh membuat permohonan secara atas talian (online) ataupun secara manual. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan dan semakan keputusan prasekolah, semoga membantu.
SYARAT PERMOHONAN ePRASEKOLAH
Berikut adalah merupakan syarat bagi kemasukan pra sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM:
- Kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja.
- Bagi pemilihan sekolah pula, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
TARIKH PENDAFTARAN PRASEKOLAH
Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan pra sekolah, pastikan permohonan dibuat dalam tempoh masa yang ditentukan iaitu:
- Permohonan secara atas talian – (Akan Dikeaskini Kemudian)
- Permohonan secara manual – (Akan Dikeaskini Kemudian)
CARA DAFTAR PRASEKOLAH
Kepada ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke pra sekolah, berikut adalah merupakan caranya:
Pendaftaran Secara Atas Talian (online)
- Layari pautan : eprasekolah.moe.gov.my
- Muat turun manual pengguna untuk rujukan.
- Klik pada Daftar pengguna (lengkapkan proses daftar akaun), kemudian klik Log Masuk
- Kemudian klik pada Borang Permohonan PraSekolah
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
- Pilih Sekolah yang ingin dipohon
- Pastikan ibubapa membuat pengesahan
- Cetak borang permohonan tersebut
- Hantar cetakan borang beserta dokumen yang berkaitan kepada pihak sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada (Akan Dikeaskini Kemudian)
- Keputusan permohonan boleh disemak dalam talian.
Nota: Permohonan dalam talian hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada (Akan Dikeaskini Kemudian)
Pendaftaran Secara Manual
- Iibubapa hendaklah mengambil borang permohonan disekolah yang ingin dimohon.
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
- Sertakan sekali dokumen yang diperlukan
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan kepada pihak sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada (Akan Dikeaskini Kemudian)
- Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH
Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2024, semakan permohonan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2023.
CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH
Semak keputusan permohonan boleh dibuat melalui:
- Hadir ke sekolah yang dipohon
- Secara atas talian (online) melalui pautan eprasekolah.moe.gov.my
Nota: Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan eprasekolah akan dikemskini kemudian.
MAKSUD STATUS PERMOHONAN PRASEKOLAH
Berikut adalah senarai huraian status permohonan adalah seperti berikut:
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
TARIKH RAYUAN PRASEKOLAH
Kepada calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat mulai 5 hingga 20 Ogos 2023.
CARA RAYUAN PRASEKOLAH
Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan bagi kemasukan anak-anak mereka ke prasekolah tersebut seperti di bawah:
- Layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.
- Klik bahagian ‘Semakan.’
- Klik perkataan ‘Mohon Rayuan’ di bahagian Tindakan.
- Isi semua maklumat yang ditetapkan.
- Klik butang ‘Hantar Rayuan.’
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai daftar PraSekolah, anda boleh:
- Layari laman sesawang: eprasekolah.moe.gov.my
- Hadir ke sekolah yang ingin dipohon
- Email: [email protected]
Baca tentang DELIMa KPM : ID,LOG MASUK & CARA GUNA