GrEP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Program Graduan Cemerlang)

GrEP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Program Graduan Cemerlang)

GrEP MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menawarkan peluang pegajian ke peringkat Pasca Siswazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka di dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan keperluan negara menerusi Graduate Excellence Programme (GrEP MARA). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohanan dan semakan, semoga membantu.

 

APA ITU GREP MARA

Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

 

TARIKH PERMOHONAN GrEP MARA

Permohonan bagi GrEP dibuka secara atas talian bermula 5 September 2022 sehingga 22 September 2022 iaitu pada hari Khamis.

 

TEMPOH PINJAMAN GrEP MARA
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum Grep Mara

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertarafcBumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
    •  Sarjana
      • Dalam Negara Tidak melebihi 40 tahun
      • Luar Negara Tidak melebihi 35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara Tidak melebihi 45 tahun
      • Luar Negara Tidak melebihi 40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang
  4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik Grep Mara

Syarat kelayakan Akademik seperti berikut :

  1. Sarjana
    • Dalam Negara
      • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu
    • Luar Negara
      • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;
      • Memperolehi IELTS 6.5
  2.  Doktor Falsafah (PhD)
    • Dalam Negara
      • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;
    • Luar Negara
      • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;
      • Memperolehi IELTS 6.5
  3.  Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya enam (6) bulan.
  4. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat Program Grep Mara

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama. H-Indeks merujuk Scopus, World of Science dan Google Scholar.
  4. Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara
  5. Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara
  6. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  7. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN GREP MARA 

Pemohon boleh membuat permohonan GREP MARA melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log in dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

NOTA:

  • Permohonan mesti dikemukakan di dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan.
  • Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuatnaik dalam satu (1) fail PDF sahaja.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN GrEP MARA

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di talian https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pemohon yang mempunyai pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut sila klik butiran di bawah:

Tags: #APA ITU GREP MARA #Buku Panduan Pengguna grep mara #CARA MEMBUAT PERMOHONAN GREP MARA #Garis Panduan Permohonan grep mara #GrEP MARA 2022 ( Permohonan & Semakan Program Graduan Cemerlang) #GREP MARA: CARA PERMOHONAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG #SEMAKAN KEPUTUSAN GrEP MARA #SENARAI BIDANG LAYAK MEMOHON GREP #soalan lazim (faq) grep mara #Syarat Akademik Grep Mara #SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GREP MARA #Syarat Program Grep Mara #Syarat Umum Grep Mara #TARIKH PERMOHONAN GrEP #TARIKH PERMOHONAN GrEP MARA #TEMPOH PINJAMAN GrEP MARA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "GrEP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Program Graduan Cemerlang)"