CANCEL SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN:CARA BATAL & PILIH TELCO LAIN

CANCEL SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN:CARA BATAL & PILIH TELCO LAIN

CANCEL SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN

Jika anda telah membuat semakan status BPR,status permohonan LULUS,maka anda layak untuk menerima  subsidi Jaringan Prihatin sebanyak RM180 kategori bujang,RM300 kategori isi rumah yang mempunyai anak 18 tahun ke bawah.

Maka anda telah buat pendaftaran bantuan Jaringan Prihatin dengan memilih subsidi pembelian telefon pintar atau memilih data bulanan.

Jika anda rasa telah memilih pelan yang kurang tepat atau ingin pilih tawaran telco yang lebih menarik, boleh ke cancel/batalkan pendaftaran yang telah dibuat? Ya boleh.

Bagaimanakah cara nak cancel/batalkan subsidi Program Jaringan Prihatin?

Berikut adalah cara untuk batalkan dan pendaftaran semula syarikat telekomunikasi:

  1. Sila hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.Boleh rujuk laman web setiap syarikat telekomunikasi:
    • Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
    • Digi: https://digi.my/prihatin⠀
    • Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
    • Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
    • redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
    • speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
    • Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
    • U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
    • unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
    • XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
    • YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
    • Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin
  2.  Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.
  3. Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

SOALAN LAZIM

Apa maksud telefon outdate?

Telefon yang lama yang tidak boleh install aplikasi terkini.Biasanya telefon pintar outdate ini tidak boleh install whatapps,youtube dan lain-lain.

Adakah saya perlu tukar plan terlebih dahulu untuk dapat subsidi Jaringan Prihatin?

Tidak perlu.

Adakah saya kena bayar tambahan sebanyak jumlah tertentu untuk dapat telefon pintar dalam pakej subsidi Jaringan Prihatin?

Ya,harga telefon pintar tersebut melebihi jumlah subsidi yang diberikan.Contohnya harga telefon RM400,anda perlu tambah RM100+ (RM300 Subsidi).

Apa yang terjadi jika saya telah pilih subsidi telefon pintar dan telah tebus telefon pintar,tetapi saya dapat telefon pintar outdate,boleh tukar ke?

Tidak boleh,sila rujuk kedai yang anda buat penebusan.

Apa yang patut saya lakukan sebelum pilih subsidi Program Jaringan Prihatin?

Sila baca betul-betul,sila comfirm betul-betul tawaran daripada telcon sebelum memilih.

Saya telah pilih pelan data telco A. Macam mana cara nak tukar ke syarikat B?

Sila hubungi syarikat A untuk urusan pembatalan,kemudian sila daftar dengan syarikat telekomunikasi B setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

Berapa kali had maksimum untuk tukar pakej/pelan syarikat telekomunikasi?

3 kali sepanjang program ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan info lanjut tentang cara batalkan Jaringan Prihatin,sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Untuk mendapatkan info lanjut tentang Program Jaringan Prihatin B40, rujuk DISINI

96 thoughts on “CANCEL SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN:CARA BATAL & PILIH TELCO LAIN”

  1. sy nak batalkan masa mula2 mohon untuk bantuan tel pelajar tp bila lulus prihatin punya plak yg yes luluskan
    mengelirukan, penipuan dr syarikat yes terhadap penguna

    Balas
  2. Yes ni kejam…sy pun terkena..dah la org lain yg applykan.. kita nk cancel tk boleh pulak…kerajaan cakap blh cancel…undang²ana yes ikut ni 😡😡😡

    Balas
  3. yes penipu. Bagi hp china. nak batal jaringan prihatin. pembatalan hanya terpakai kepada Penerima Subsidi Jaringan Prihatin yang telah memilih subsidi pelan data bulanan RM15; ia tidak terpakai kepada subsidi pakej peranti. makna nya kalau pilih subsidi hp tak boleh batal.

    Balas
  4. saya nak cancel jaringan prihatin rm180..saya nak ambil rebate yg rm300..mcm mna step by step..nak guna postpaid..sebelum ni guna prepaid umobile

    Balas
  5. Saya mahu batalkan Yes
    0143678705
    Saya dah call centre tpi x dpt bcakap dgn pegawai khidmat pelanggan….

    Balas
  6. Nak Cancel dgn YES dan nak buat dgn telco lain pulak.. Sudah la saya tak aply pun jaringan prihatin dgn YES ni, Alih² phone dgn sim kad sampai dekat rumah dan telah didaftarkan terus atas nama saya.. Dah lah hantar phone rosak, Lepas tu sim kadnya tak boleh nak digunakan langsung.. Saya rasa telah ditipu dan dianiaya oleh syarikat telco YES ni, Sedangkan saya boleh dapat phone dan line yg lebih baik dan boleh digunakan di tempat lain. Tp YES telah menyalah gunakan segala maklumat ID saya tanpa kebenaran utk kepentingan syarikat YES itu sendiri.. takkan xde sesiapa pun individu atau NGO yg ambil tindakan keatas syarikat Telco YES ni.. Bagi saya ini memang satu tindakan yg sangat melampau yg pernah dilakukan keatas pengguna..

    Balas
  7. Sya nak batalkan rebat pelan data sya..bantuan jaringan prihatin..sya nak ambil hp sma rebat itu satu kali..

    Balas
  8. Kepada semua rakan2 yang nak cancel yes silakan buat laporan kepada SKMM. Ramai2 buat laporan kepada SKMM, baru YES nak ambil tindakan, itu pon kalau syarikatnya prihatin

    Balas
  9. Saya baru saja cancel yes dan tukar ke umobile. Perlu pergi kat yes main store baru boleh deregister and tukar ke service provider lain. Yang ambil phone tak boleh cancel/tukar cuma yang ambil subsidy plan rm180 boleh tukar.

    Balas
  10. Kerajaan kata boleh batalkan max 3kali tapi dengan Yes xdapat nak batalkan selepas daftar apa guna? walaupun baru sekali nak batalkan, menyusahkan rakyat

    Balas
  11. Aku dah kol celcom 1111 dah 2x mintak batal terus jaringan prihatin… Pihak celcom cakap dah daftar maknanya takkan boleh tukar lagi… Berbelit-belit pihak diorang ni.. Berapi_rapi cakap boleh tukar.. Pelik operator celcom 1 111 ni…

    Balas

Leave a Comment