RENEW DRIVING LICENSE MALAYSIA(Cara Buat International License)

RENEW DRIVING LICENSE MALAYSIA(Cara Buat International License)

DRIVING LICENSE MALAYSIA

Untuk makluman, kini anda boleh memperbaharui lesen memandu secara atas talian. Perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada 16 Oktober 2020. Ini adalah berita baik bagi anda semua yang akan memperbaharui lesen dalam tempoh masa yang terdekat ini. Di sini kami kongsikan cara untuk anda renew driving license Malaysia secara online, semoga membantu.

 

CHECK DRIVING LICENSE MALAYSIA

Untuk menyemak pengesahan status lesen memandu anda secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal MySikap JPJ: https://public.jpj.gov.my
  2. Log masuk ke akaun pengguna. Sekiranya anda pengguna baharu dikehendaki untu daftar terlebih dahulu.
  3. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian License.
  4. Kemudian, klik pada bahagian Cabutan maklumat license.
  5. Pilih transaksi Pengesahan dan klik pada butang Cari.
  6. Akhir sekali, maklumat berkenaan pemilik akan dipaparkan

 

CARA LESEN MEMANDU MALAYSIA

Kepada anda yang ingin memperbaharui lesen memandu secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal MySikap JPJ: https://public.jpj.gov.my
  2. Log masuk ke akaun pengguna. Sekiranya anda pengguna baharu dikehendaki untu daftar terlebih dahulu.
  3. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian Lesen Memandu.
  4. Kemudian pilih menu seterusnya Pembaharuan Lesen Memandu.
  5. Seterusnya pilih Lesen Memandu Kompeten dari drop down menu dan pilih tempoh pembaharuan yang anda inginkan pada pilihan tempoh. (1 tahun sehingga10 tahun) dan klik butang Cari.
  6. Paparan akan menunjukkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran yang dikenakan (RM30 untuk setahun bagi kelas B2 dan D sahaja), kemudian klik bayar
  7. Pilih Kaedah Pembayaran dan klik Bayar, ikuti porses pembayaran sehingga selesai
  8. Selepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis “sila ambil lesen anda di JPJ” atau anda boleh juga mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang Cetak Lesen Memandu e-LM

 

CARA BUAT INTERNATIONAL DRIVING LICENSE MALAYSIA

Terkini anda boleh membuat permohonan permit memandu antarabangsa secara atas talian. Disini kamu akan kongsikan caranya, semoga membantu:

  1. Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa permohonan iatiu:
    • Kad pengenalan diri
    • Lesen memandu kompeten (CDL)
    • Gambar berukuran passport
  2. Layari pautan portal MySikap JPJ: https://public.jpj.gov.my
  3. Log masuk ke akaun pengguna. Sekiranya anda pengguna baharu dikehendaki untu daftar terlebih dahulu.
  4. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian Lesen Memandu.
  5. Kemudian pilih menu seterusnya Permit Memandu Antarabangsa (IDP).
  6. Semak maklumat pemohon dan maklumat lesen dengan betul.
  7. Kemudian, klik pada butang Bayar.
  8. Seterusnya, pilih kaedah pembayaran dan klik pada butang Bayar sekali lagi.
  9. Klik pada butang Teruskan untuk meneruskan transaksi pembayaran.
  10. Akhir sekali, pembayaran dan permohonan IDP berjaya dilakukan.
  11. Permit tersebut hanya sah laku untuk tempoh 1 tahun sahaja.

NOTA: Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti mempunyai license kompeten (CDL) yang sah dan pemilik yang tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana agensi sahaja boleh memohon permit memandu antarabangsa (IDP).

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment