CARA BUAT OVERDRAFT BANK  MAYBANK &  CIMB (Pinjaman OD)

CARA BUAT OVERDRAFT BANK  MAYBANK &  CIMB (Pinjaman OD)

CARA BUAT OVERDRAFT BANK

Pernah kah anda dengar overdrat bank? Bagaimana cara  buat overdraft bank? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU OVERDRAFT BANK

Secara amnya OD atau kemudahan Overdraft (Overdraft facility) adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, pinjaman kereta/kenderaan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di ‘standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.

Kemudahan overdraf ialah sejenis pinjaman dibawah kategori demand loan (pinjaman dimana peminjam perlu bersedia untuk membuat bayaran balik pada bila-bila masa) yang ditawarkan oleh bank. Kemudahan ini membolehkan peminjam mengeluarkan wang lebih dari jumlah yang terdapat dalam akaun mereka, berdasarkan had kredit yang ditentukan oleh bank. Kemudahan ini juga dikenali sebagai kemudahan aliran tunai (cash line facility).

 

CARA BUAT OVERDRAFT MAYBANK

 Berikut adalah cara untuk membuat overdraft maybank:

  1. Layari pautan Maybank untuk maklumat lebih detail: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/others/overdraft_facility.page?
  2. Kunjungi Cawangan Maybank berhampiran dengan anda untuk membuat Overdraft.
  3. Kelebihan buat overdraft Maybank adalah
    • Margin pendahuluan yang tinggi
    • Cagaran minimum RM10,000
    • Tidak diperlukan penjamin
    • Faedah dikenakan hanya pada jumlah yang digunakan
    • Tiada jadual pembayaran tetap
    • Tiada bayaran komitmen untuk jumlah cerukan berjumlah RM250,000 dan ke bawah
  4. Skop overdrat sesuai untuk:
    • Penggunaan peribadi
    • Modal kerja
    • Pembelian aset / harta tanah
    • Pendidikan
  5. Kelayakan permohonan adalah:
    • Pemegang Sijil FD dan / atau Sijil ASB / ASN / ASW 2020 *
    • Umur antara 18 hingga 60 tahun
    • Individu atau pemegang akaun bersama (Akaun bersama hanya berlaku untuk pemegang Resit FD.)
  6. Dokumen yang diperlukan:
    • Salinan Kad Pengenalan.
    • Salinan Borang J terkini atau, slip gaji 3 bulan terakhir atau, bukti pendapatan lain yang boleh diterima.
    • Dokumen lain akan berdasarkan kemudahan yang diperlukan.
  7. Anda seharusnya juga memahami Terma & Syarat terpakai.

 

CARA BUAT OVERDRAFT CIMB BANK     

 Berikut adalah cara untuk membuat overdraft CIMB Bank:

  1. Layari pautan CIMB Bank untuk maklumat lebih detail: https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/financing/personal-financing/credit-line-secured-overdraft.html
  2. Kunjungi Cawangan CIMB Bank berhampiran dengan anda untuk membuat Overdraft.
  3. Cagaran yang boleh diterima ialah:
    • Anda boleh menggunakan cagaran yang sudah anda miliki dengan CIMB untuk mendapatkan Overdraf
      • Deposit tetap
      • Produk Berstruktur Terpilih / FRNID *
    •  Dana Unit Amanah Terpilih (Rujuk kepada Wakil Jualan kami untuk senarai terkini yang boleh diterima.)
    • Atau anda boleh menggunakan cagaran ini sebagai gantinya – Unit Amanah Saham Bumiputera dari Amanah Saham Nasional Berhad
  • Kelayakan pemohon yang diperlukan adalah seperti berikut:
    • Individu berumur 21 hingga 70 tahun
    • Warganegara Malaysia atau penduduk dengan status PR yang menetap di Malaysia
    • Pemilik cagaran (bebas dari sebarang bebanan)
    • Cagaran minimum RM10,000-00
    • Had overdraf bergantung pada cagaran yang dijanjikan
  • Dokumen yang diperlukan:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Dokumen Cagaran (berdasarkan cagaran yang akan dijanjikan)
    • Dokumen pendapatan (Pendapatan Gaji/Perolehan Komisen/Bekerja Sendiri)
  • Anda seharusnya juga memahami Terma & Syarat terpakai.

 

SOALAN LAZIM CARA BUAT OVERDRAFT BANK

Apakah kelebihan buat overdraf?

  • Fleksibiliti – Overdraf memberikan anda kebebasan untuk menentukan bila dan bagaimana anda akan membuat bayaran balik, kerana tiada jadual bayaran balik yang perlu anda patuhi. Jadi, anda boleh tentukan pembayaran bergantung kepada kebolehan anda untuk membayar semula.
  • Bayaran faedah hanya untuk apa yang anda belanjakan – Anda hanya akan dikenakan caj kadar faedah hanya untuk jumlah overdraf yang anda gunakan dari akaun overdraf tersebut, dan bukan untuk jumlah keseluruhan overdraf yang diberikan oleh bank.

 

Apakah kelemahan overdradt bank?

  • Kadar faedah yang lebih tinggi – Walaupun kemudahan overdraf menawarkan fleksibiliti dari segi pembayaran semula, kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi.
  • Yuran komitmen – Yuran komitmen merupakan caj yang dikenakan oleh pihak bank untuk jumlah overdraf yang tidak digunakan
  • Memerlukan disiplin yang tinggi – Walaupun fleksibiliti kemudahan overdraf merupakan satu kelebihan yang menguntungkan, ia juga boleh menjadi kekurangan kemudahan ini. Jika anda tidak berdisiplin yang tinggi untuk membuat bayaran semula, overdraf boleh menjadi satu bebanan kewangan jangka panjang kepada anda
  • Tidak stabil – Bank boleh membatalkan kemudahan overdraf anda pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda tidak terlalu bergantung dengannya

Artikel Lain :

CARA BUAT FIXED DEPOSIT BANK(Simpanan Tetap)Bank Rakyat/CIMB/Maybank/Ambank/ Public Bank /Hong Leong /Affin Bank

Leave a Comment