CARA BUAT FIXED  DEPOSIT BANK(Simpanan Tetap)Bank Rakyat/CIMB/Maybank/Ambank/ Public Bank /Hong Leong /Affin Bank

CARA BUAT FIXED  DEPOSIT BANK(Simpanan Tetap)Bank Rakyat/CIMB/Maybank/Ambank/ Public Bank /Hong Leong /Affin Bank

CARA BUAT FIXED  DEPOSIT BANK(Simpanan Tetap)Bank RakyatCIMBMaybankAmbank Public Bank Hong Leong Affin Bank

 

Kepada yang ingin untuk membuat pelaburan simpanan tetap,  sudah tentunya banyak persoalan yang bermain di fikiran.  Kalau ada mempunyai lebihan duit, masukkan sahaja dalam simpanan tetap. Walaupun dividen tidaklah tinggi, tapi risikonya rendah.

 

Sekiranya anda ingin membuat simpanan tetap, disini kami kongsikan  cara buat simpanan tetap sesetengah Bank dengan lebih bijak, semoga membantu.

 

APA ITU SIMPANAN TETAP

 

Simpanan tetap, atau lebih dikenali sebagai “FD” (untuk fixed deposit) di Malaysia, ialah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.

 

Ini dengan syarat penyimpan atau pelabur tidak mengeluarkan simpanan atau pelaburannya untuk jangka masa tertentu yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak – bank dan pelanggan.

 

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT BANK RAKYAT

 

Berikut dikongsikan kelebihan buat simpanan tetap Bank Rakyat:

  1. Layari pautan simpanan tetap bank rakyat: https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/simpanan/akaun_deposit_i_berjangka-19/deposit
  2. Terdapat beberapa pilihan Produk:
    1. Akaun Simpanan-i
    2. Akaun Simpanan-i Tabung Qurban
    3. Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah
    4. Akaun Deposit-i Berjangka
    5. Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i)
  3. Baca keterangan produk yang ditawarkan
  4. Klik pada Mohon Sekarang
  5. Isikan maklumat anda pada Pop Up borang yang terpapar
  6. Tick pada I’M not Robot
  7. Tekan Hantar

 

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT BANK CIMB

 

Berikut dikongsikan cara buat simpanan tetap Bank CIMB:

  1. Layari pautan SIMPANAN TETAP BANK CIMB: https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/accounts/fixed-term-deposit.html
  2. Terdapat 2 pilihan iaitu:
    1. Konvensional:
      1. Unfixed Deposit™
      2. Deposit Tetap Mata Wang Asing
    2. Islam:
      1. Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (Maturity Returns)
      2. Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (Monthly Returns)
  • Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (Why Wait)
  1. Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i Mata Wang Asing
  2. Deposit Golden Time 2 (Big Plus untuk 50 Plus)
  1. Anda boleh klik pada pilihan yang anda inginkan untuk mengetahui lebih lanjut.
  2. Kunjungi cawangan bank CIMB yang berhampiran dengan anda untuk membuat simpanan

 

 

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT MAYBANK

 

Berikut dikongsikan cara buat simpanan tetap  Maybank:

  1. Layari pautan SIMPANAN TETAP Maybank: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/accounts/fixed_deposits/fixed_deposit_account.page
  2. Lawati cawangan Maybank berhampiran anda.
  3. Bawa dokumen yang diperlukan:
    1. MyKad yang sah untuk rakyat Malaysia
    2. Pasport yang Sah untuk Orang Asing dan bukti dokumen lain yang diperlukan oleh pihak berkuasa mengikut tujuan lawatan / tinggal di Malaysia
  4. Sila berikan juga dokumen sokongan sekunder berikut: –
    1. Pasport Sah (jika MyKad dihasilkan sebagai dokumen Utama)
    2. Lesen memandu yang sah
    3. Bil utiliti (seperti bil air / elektrik / telefon, Berhenti Sewa, Notis Penilaian) pada nama dan alamat pelanggan yang membuka akaun
    4. Surat pekerjaan

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT AMBANK

 

Berikut dikongsikan cara buat simpanan tetap  Ambank:

  1. Layari pautan SIMPANAN TETAP AMbank: https://www.ambank.com.my/ambank/Documents/Fixed%20Deposit.pdf
  2. Baca pada pilihan yang anda inginkan untuk mengetahui lebih lanjut.
  3. Lawati cawangan Ambank berhampiran anda.
  4. Bawa dokumen yang diperlukan:
    1. MyKad yang sah untuk rakyat Malaysia
    2. Pasport yang Sah untuk Orang Asing dan bukti dokumen lain yang diperlukan oleh pihak berkuasa mengikut tujuan lawatan / tinggal di Malaysia
  5. Anda boleh menempatkan Deposit Tetap/Bertempoh menerusi Perbankan Internet AmOnline dengan mudah.

 

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT PUBLIC BANK

 

Berikut dikongsikan cara buat simpanan tetap  Public bank:

  1. Layari pautan SIMPANAN TETAP Public bank: https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Rates-Charges/Deposit-Interest-Rates/Fixed-Deposit.aspx
  2. Baca pada pilihan produk yang anda inginkan untuk mengetahui lebih lanjut.
  3. Akaun PB eFD hanya boleh dibuka melalui Pbe bank.
  4. Anda perlu memilih Akaun Semasa atau Akaun Simpanan (CASA yang Ditetapkan) peribadi konvensional semasa membuka akaun PB eFD.
  5. CASA yang Ditetapkan akan dirangkaikan kepada akaun PB eFD untuk tujuan peletakan/pengeluaran/ pengkreditan faedah.
  6. Urus niaga di kaunter adalah tidak dibenarkan

 

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT HONG LEONG BANK

 

Berikut dikongsikan cara buat simpanan tetap  Hong Leong bank:

  1. Layari pautan SIMPANAN TETAP Hong Leong bank: https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/deposits/fixed-deposit-account/e-fixed-deposit.html
  2. Baca pada pilihan produk yang anda inginkan untuk mengetahui lebih lanjut.
  3. Lawati cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda.
  4. Bawa dokumen yang diperlukan:
    1. MyKad yang sah untuk rakyat Malaysia
    2. Pasport yang Sah untuk Orang Asing dan bukti dokumen lain yang diperlukan oleh pihak berkuasa mengikut tujuan lawatan / tinggal di Malaysia
  5. Anda juga boleh menggunakan Perbankan Internet Hong Leong Connet dengan mudah.

 

 

CARA BUAT FIXED DEPOSIT AFFIN BANK

 

Berikut dikongsikan cara buat simpanan tetap  Affin bank:

  1. Layari pautan SIMPANAN TETAP Affin bank: https://www.affinbank.com.my/Enterprise-Banking/Deposit/Fixed-Deposit.aspx?lang=ms-MY
  2. Baca pada pilihan produk yang anda inginkan untuk mengetahui lebih lanjut.
  3. Kemudian scroll di bawah klik pada TEKAN DI SINI
  4. Isikan maklumat pada borang permohonan
  5. Masukkan Kod Keselamatan yang tertera
  6. Tekan Hantar.

 

 

SOALAN LAZIM

 

Adakah selamat  simpanan tetap?

Dijamin selamat, wang deposit anda dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 sekiranya bank gagal melindungi wang tersebut bagi setiap akaun untuk setiap bank yang korang buat deposit.

 

Bagaimana simpanan tetap berfungsi?

Anda dibenarkan membuat penunaian awal sebelum tarikh matang sijil akaun simpanan tetap tetapi pembayaran faedah akan dikurangkan dan diselaraskan menurut terma-terma dan syarat-syarat akaun simpanan tetap. Tempoh simpanan tetap berbeza dari 1 bulan sehingga 5 tahun. Apabila anda melabur dalam pelaburan simpanan tetap, anda selalunya dikemukakan dengan tempoh berbeza atau opsyen jangka masa berbeza seperti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan 1 tahun dan sebagainya.

 

Apakah perbezaan simpanan tetap dengan akaun simpanan?

Simpanan tetap tawarkan kadar faedah yang lagi bagus dari akaun simpanan. Contoh kadar purata faedah bagi akaun simpanan adalah 1.2 p.a., maksudnya kalau ada RM6,000 dalam akaun simpanan kadar faedah yang akan dapat hanyalah sebanyak RM72 setahun. Berbeza dengan simpanan tetap korang boleh dapat sehingga RM222

 

Akaun simpanan tetap tidak boleh di akses macam akaun simpanan. Contoh wang dalam akaun simpanan tetap lebih susah untuk dikeluarkan berbanding wang dalam akaun simpanan ataupun pelaburan bon. Katakanlah kecemasan berlaku dan anda perlu keluarkan wang dalam akaun simpanan tetap sebelum capai tempoh matang, pelaburan tersebut akan menjadi rugi.

1 thought on “CARA BUAT FIXED  DEPOSIT BANK(Simpanan Tetap)Bank Rakyat/CIMB/Maybank/Ambank/ Public Bank /Hong Leong /Affin Bank”

Leave a Comment