SENARAI LAGU BULAN RAMADAN (Sesuai Untuk Aktiviti & Ceramah)

SENARAI LAGU BULAN RAMADAN (Sesuai Untuk Aktiviti & Ceramah)

SENARAI LAGU BULAN RAMADAN

Seperti yang diketahui, seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Ramadan pada 23 Mac 2023 (Khamis) bersamaan 1 Ramadhan 1444 (Hijrah). Semestinya anda akan mencari senarai lagu yang bersesuain pada bulan Ramdan ini untuk aktiviti dan ceramah. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai lagu bulan Ramdan, semoga membantu.

 

MAKSUD BULAN RAMADAN

Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Setiap tahun, pada bulan Ramadan ibadah berpuasa biasanya berjalan selama 29 hingga 30 hari mengikut penetapan anak bulan. Tarikh tepat penetapan awal Ramadan ini berbeza setiap tahun kerana kalendar Islam Hijrah adalah berdasarkan fasa bulan.

 

PERISTIWA SEMASA RAMADAN

Turunnya al-Quraan. Para ulama bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan; oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut, ayat 1 hingga 5 surah Al-‘Alaq diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

 

AMALAN SEWAKTU RAMADAN

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

  • Puasa Ramadan
    • Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib
  • Solat Tarawih
    • Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.
  • Zakat Fitrah
    • Zakat fitrah ialah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya.
  • Aidilfitri
    • Akhir bulan Ramadan dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama.

 

SENARAI LAGU BULAN RAMADAN

Berikut adalah merupakan senarai lagu yang sesuai digunakan untuk aktivtii dan ceramah bagi bulan Ramadan iaitu:

  1. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Rabbani
  2. Harapan Ramadhan – Manbai dan Raihan
  3. Ramadan Tiba – Opick
  4. Ramadhan – maher Zin
  5. Pertama Ramadhan Ini – Fotograf
  6. UNIC – Muhasabah Ramadan
  7. Rindu Ramadan – Devotees
  8. Moreh (Puasa) – MonoloQue
  9. Ramadhan Bulan Berkat -Hijjaz
  10. Lailatul Qadar – Raihan
  11. Puasa Dulu Baru Raya – Raihan
  12. Diari Ramadhan – Rafique (Mirsad Hasan Kulasic)
  13. Kemuliaan Ramadhan – UNIC & In Team
  14. Ramadhan – Maher Zain
  15. UNIC FT Simfoni – Pesona Ramadan
  16. Lagu Diari Ramadan (alHijrah) -Kyrel Algayauwi
  17. Bismillah – Uji Rashid
  18. Bulan Ramadhan Bulan Mulia – Nadamurni
  19. Ramadan Dua Zaman – The Zikr
  20. Berkat Ramadhan – Imad
  21. Ramadhan – Brothers
  22. Mulianya Ramadhan – Rem
  23. Ramadhan Bulan Puasa – Ae-Man
  24. Sambut Ramadhan – Ana Muslim ft Raihan
  25. HidayahMu – Ippo Hafiz
  26. Ramadhan – El Surayaa
  27. Alkisah Bulan Puasa – Jalil Hamid
  28. Ramadhan dan Syawal – Ramli Sarip
  29. Ramadhan Bulan Kerinduan – Awg Sharizan Masri Brunei
  30. Ramadhan Datang – Tompi
  31. Marhaban ya Ramadhan – Haddad Alwi Feat Anti
  32. Ramadhan Yang Indah – Seventeen
  33. Iktibar Ramadan – Amir Pearl
  34. Ramadan satu anugerah – Hijjaz dan Nash
  35. Bulan Penuh Ampunan – BCL
  36. Puasa puasa – Bimbo (Video | Lirik )

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment