CARA DAFTAR JDMas MERCHANT(REGISTER LOGIN jdmas.my)

CARA DAFTAR JDMas MERCHANT(REGISTER LOGIN jdmas.my)

CARA DAFTAR JDMas MERCHANT

Pernahkah anda terdengar mengenai JDMas atau tahu maksud JDMas? Mari kami terangkan, JD adalah singkatan kepada Jati Diri manakala ‘Mas’ diambil daripada perkataan emas. Jadi, JDMas apbila digabungkan membawa maksud keunikan dan keaslian produk dan jenama Malaysia.

Ringkasnya, JD Mas Comerce adalah platform untuk memasarkan produk Malaysia ke mata dunia atau lebih khusus ke China. Jadi inilah peluang kepada peniaga di Malaysia untuk memasarkan produk mereka menggunakan JD Mas. Baca lebih lanjut mengnai cara daftar JDMas

 

APA ITU JDMas

JD Mas adalah anak syarikat kepada JD Worldwide yang menjadi peruncit terbesar di China samada online ataupun tidak. JD Mas akan menguruskan untuk pemasaran produk Malaysia ke China melalui usahasama yang dibentuk sejajar dengan Belanjawan 2021.

 

SYARAT KELAYAKAN JDMas MERCHANT

Berikut pula adalah merupakan syarat – syarat yang ditetapkan :

  1. Mempunyai Sijil SSM
  2. Mempunyai Perakauan Pendaftaran Tanda Dagangan ® sahaja
  3. Katalog Produk
  4. Bar kod produk antarabangsa (jika ada)
  5. Surat kebenaran Trademark
  6. Sijil kualiti, Pencapaian, Anugerah (jika ada)
  7. Maklumat penghantaran
  8. Profile pengasas / produk
  9. Demografi pelanggan tempatan (jika ada)
  10. Cawangan tempatan seperti outlet / pasaraya (jika ada)

 

CARA DAFTAR JDMas MERCHANT

Untuk menjadi sebahagian daripada JDMas, berikut adalah langkah yang perlu anda ikuti :

  1. Layari laman web jdmas.my dan pilih pada menu Become a Merchant
  2. Isikan borang pada paparan. Anda diminta untuk menyertai sesi webinar untuk maklumat dan nasihat lebih lanjut.
  3. Berikut adalah maklumat diminta :
    • Nama peserta
    • Emel
    • Nombor telefon
    • Nama Syarikat
    • Pilih salah satu daripada jawapan dibawah
      • Website
      • Friend
      • Newsletter
      • Advertisement
      • Other
  4. Tekan kotak I.m not a robot
  5. Kemudian tekan SUBMIT
  6. Pihak pengurusan JDMas akan menghubungi anda untuk tetapan tarikh dan masa kursus webinar dan daftar.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah bantuan BELANJAWAN 2021 melalui kerjasama JD Mas?

JD Mas akan membantu memasarkan produk anda di pasaran terbesar China melalui JD.com

 

Apakah manfaat daripada JD Mas kepada peniaga?

Melalui pasaran online dengan bantuan platform JD B2C, anda dapat besarkan perniagaan ke pasaran dunia terutama China

 

Dapatkah JD Mas membantu peniaga?

Ya, dengan bimbingan dan nasihat daripada JD Mas, ia dapat membantu peniaga untuk kembangkan bisnes mereka dan JD Mas mementingkan keaslian serta keunikan produk menjadikan mereka platform online yang paling dipercayai di China.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang cara daftar JDMas MERCHANT, sila berhubung melalui emel [email protected] atau kunjungi pejabat mereka di

 

21-6, Oval Tower @ Damansara

685 Jalan Damansara

60000 Kuala Lumpur

Baca Artikel Lain :

CARA DAFTAR FOOD MARKET HUB(REGISTER LOGIN foodmarkethub.com)
CARA DAFTAR iBELI (REGISTER LOGIN ibeli.com)

Leave a Comment