Isi Kandungan
CARA DAFTAR PRS ONLINE:LOGIN KEMASKINI TAMBAH NILAI PRIVATE RETIREMENT SCHEME
Anda ingin daftar Private Retirement Scheme?Bagaimanakah cara daftar PRS Online?
APA ITU PRS
Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka bagi membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan.
PRS berusaha untuk memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia.
Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko mereka sendiri.
Pilihan dana di bawah PRS bertujuan untuk meningkatkan pulangan jangka panjang bagi ahli dalam kerangka kerja yang dikawal selia.
PRS Online dibangunkan oleh PPA untuk anda membuat simpanan masa depan anda di PRS – dengan mudah, selesa dan selamat. Dengan perkhidmatan PRS Online, anda boleh mendaftar atau tambah nilai akaun PRS anda secara atas talian pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Daftarkan ke akaun PRS dalam talian dengan beberapa langkah mudah. Hanya sediakan profil anda, pilih Penyedia dan dana PRS pilihan, diikuti dengan bayaran e-perbankan anda. PRS Online dilengkapi ciri-ciri keselamatan termasuklah pengesahan e-mel dan nombor telefon semasa menandatangani dan pengesahan pembayaran.
SEMAKAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PRS
Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas layak membuat caruman dalam PRS. Anda hanya perlu menunjukkan bukti pengenalan diri: Kad pengenalan/ Polis/ Angkatan Tentera (bagi warga negara Malaysia) atau pasport (bagi warga asing).
CARA DAFTAR PRS ONLINE
Berikut adalah cara daftar PRS Online:
- Layari pautan https://prsenrolment.ppa.my/
- Isikan Nama, Email & No telefon
- Klik pada ‘Agree & Verify’
- Pada bahagian ‘Verification’, isikan semua maklumat yang diperlukan, tekan submit
- Pada bahagian ‘Id Verifcation & Upload’, anda dikehendaki memuat naik dokumen yang diminta
- Pada bahagian ‘Choose Prs Providers & Funds’, anda dikehendaki membuat pilihan anda berdasarkan umur anda
- Di bahagian ‘Make Contribution’, masukkan sumbangan yang anda ingin carumkan.
- Selesai
CARA LOGIN PRS ONLINE
Berikut adalah cara daftar PRS Online:
- Layari pautan https://www.prsmember.my/login/
- Masukkan USERNAME dan PSSWORD anda
- Tekan Login.
- Selesai
Pernah dengan teng BSN MyHOME?
SOALAN LAZIM
Apakah tujuan dana PRS ?
Untuk memberikan pulangan jangka masa panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Semua aset detiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim Bebas. Persamaan PRS dengan E#F ditubuhkan adalah bertujuan untuk menolong individu membina aset dan kewangan pada hari persaraan mereka.
Apa yang perlu saya pertimbangkan ketika memilih PRS?
Apabila membuat caruman PRS, anda perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti umur, pendapatan peribadi dan isi rumah, toleransi risiko, objektif persaraan serta kesesuaian dana yang berbeza di bawah pelbagai skim untuk memenuhi keperluan persaraan anda.
Adakah saya perlu mencarum setiap bulan kepada PRS?
Sebagai sebuah skim bersifat sukarela, tiada jumlah atau tempoh yang tertentu yang ditetapkan untuk membuat caruman. Individu boleh mencarum kepada PRS seberapa kerap yang mereka suka dan digalakkan untuk membuat caruman bulanan tetap untuk mengambil kesempatan atas “Pemurataan Kos Pelaburan” – suatu teknik yang direka untuk mengurangkan risiko pasaran melalui caruman sistematik pada jangka masa (bulanan) dan jumlah yang ditetapkan bagi mencapai matlamat persaraan yang dikehendaki. Ahli PRS boleh membuat caruman tambahan ke dana PRS melalui PRS Online Top Up atau melalui Penyedia PRS yang dipilih.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat dan keterangan lanjut boleh layari portal rasmi PPA di https://www.ppa.my/.