LUPA NOMBOR AKAUN ASTRO:CARA CHECK NO ASTRO ONLINE/SMS/FACEBOOK & WHATAPPS

LUPA NOMBOR AKAUN ASTRO:CARA CHECK NO ASTRO ONLINE/SMS/FACEBOOK & WHATAPPS

LUPA NOMBOR AKAUN ASTRO

Kepada para pengguna Astro, tahukah anda mempunyai nombor akaun Astro dapat memudahkan anda menguruskan dan menikmati servis Astro dengan maksima. Lupa nombor akaun Astro mungkin perkara yang sering terjadi, bagaimanakah cara untuk check nombor akaun Astro? Kami akan kongsikan cara mudah dan terkini untuk membuat semakan nombor akaun Astro bagi memudahkan anda menikmati hiburan serta servis daripada pihak Astro.

 

APA ITU NOMBOR AKAUN ASTRO?

Nombor Akaun Astro adalah nombor identiti bagi setiap pengguna Astro. Nombor ini digunakan samada untuk mengemaskini bil anda, menukar langganan Astro, membuat Astro ID, mengemaskini maklumat anda dan menikmati servis ditawarkan Astro.

 

CARA CHECK NO ASTRO ONLINE

Jika lupa nombor akaun Astro, anda boleh menyemak nombor akaun Astro secara online iaitu melalui Astro Self Service. Jika anda belum mempunyai ID untuk Astro Self Service, sila buat pendaftaran Astro ID terlebih dahulu disini https://id.astro.com.my

Setelah pendaftaran berjaya, log masuk akaun anda dan pilih menu pilihan di sebelah atas kiri, tekan Account. Paparan berikutnya akan menunjukkan nombor akaun Astro anda.

 

CARA CHECK NO ASTRO SMS

Bagi pengguna yang tidak mempunyai talian internet, mahupun Astro ID anda juga boleh menyemak melalui SMS. Cara check no Astro melalui SMS :

  • ASTRO<space>ACC<space>12-Digit NRIC hantar ke 66688

 

CARA CHECK NOMBOR AKAUN ASTRO FACEBOOK

Astro juga menggunakan platfom media sosial seperti Facebook untuk kekal berhubung dengan pelanggan mereka. Melalui Facebook anda boleh check nombor akaun melalui PM(Private Message)/ Messanger ke admin Astro.

Masukkan mesej anda dan nombor kad pengenalan melalui Messenger. Dalam beberapa minit Admin Messenger Astro akan menhantar maklumat no akaun Astro anda.

 

CARA CHECK NOMBOR AKAUN ASTRO WHATAPPS

Lupa nombor akaun Astro tidak menjadi masalah kerana anda boleh menyemak melalui aplikasi Whatapps! Caranya mudah sahaja iaitu hantarkan mesej/aduan anda melalui aplikasi WhatApps seperti contoh “Hi,(aduan anda)” dan pihak Admin Astro akan menjawab pertanyaan anda.

Macam mana CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO?

 

SOALAN LAZIM

APAKAH KELEBIHAN NOMBOR AKAUN ASTRO?

  • Nombor akaun Astro membolehkan pelanggan untuk menggunakan servis Astro seperti Astro Go, E-Bill, menaik taraf pakej, dan jika anda berpindah kediaman, anda boleh membuat permohonan perpindahan kediaman baru kepada Astro (MY ACCOUNT) dan pelbagai servis menarik yang ditawarkan.

JIKA SAYA TIADA BIL ASTRO BAGAIMANAKAH CARA SAYA DAPATKAN NOMBOR AKAUN ASTRO?

  • Jika anda tidak mempunyai bil Astro, nombor akaun boleh didapati dengan cara seperti dinyatakan diatas iaitu melalui online, SMS, Facebook dan WhatApps.

ADAKAH ADA ALTERNATIF LAIN SELAIN NOMBOR AKAUN ASTRO?

  • Ada. Anda boleh menggunakan nombor telefon, nombor Smart Card Astro, NRIC atau nombor Astro Box.

APAKAH CONTOH  NOMBOR AKAUN ASTRO ?

  • Nombor akaun Astro adalah kombinasi nombor 10 digit. Contoh : 08XXXXXXXX

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Astro di 03-9543 3838 atau emelkan ke [email protected]. Kami berharap perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda dan terus menikmati servis daripada Astro.

2 thoughts on “LUPA NOMBOR AKAUN ASTRO:CARA CHECK NO ASTRO ONLINE/SMS/FACEBOOK & WHATAPPS”

Leave a Comment