CARA MEMBUAT POTONGAN GAJI PEKERJA(Muat Turun Borang PK)

CARA MEMBUAT POTONGAN GAJI PEKERJA(Muat Turun Borang PK)

CARA MEMBUAT POTONGAN GAJI PEKERJA

Ekoran ketidaktentuan keadaan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19, banyak majikan dan syarikat terpaksa membuat potongan gaji  pekera untuk mengurangkan kos majikan dan syarikat bagi mengelakkan sebarang kerugian dalam perniagaan. Tetapi, bagaimanakah cara membuat potongan gaji pekerja? Terdapat beberapa panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh majikan dan syarikat untuk potong gaji  pekerja yang perlu dirujuk.

Kerajaan bersetuju untuk menggalakan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan termasuk pemilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan).

Kata Muhyiddin, ini disebabkan sebahagian majikan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerja dalam keadaan yang agak terdesak pada waktu ini. Oleh itu, majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian. Namun, sebarang perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang berkuatkuasa di negara ini.

 

MUAT TURUN BORANG PEMOTONGAN GAJI PEKERJA

 

MAJIKAN TIADA HAK POTONG GAJI PEKERJA TANPA KEBENARAN

Pemotongan gaji tanpa kebenaran pekerja adalah salah dari segi undang-undang dan pekerja boleh buat laporan dan tuntutan gaji yang dipotong di Pejabat Tenaga Kerja atau Pejabat Buruh terdekat.

Menurut Seksyen 24 Akta Kerja, majikan hanya ada hak untuk pemotongan gaji untuk perkara-perkara berikut sahaja:-

  • Kesilapan majikan terlebih membayar gaji, mesti ditolak dalam masa 3 bulan selepas terlebih bayar.
  • Pemotongan gaji untuk pekerja yang telah diberhentikan untuk hari yang tidak lagi bekerja
  • Pemotongan gaji untuk ‘advance’ gaji oleh pekerja.
  • Pemotongan yang dibenarkan undang-undang

Pekerja boleh mohon untuk pemotongan gaji untuk perkara berikut:-

  • Bayaran untuk kesatuan sekerja berdaftar (trade union) atau persatuan.
  • Bayaran untuk saham bisnes majikan yang ditawarkan oleh majikan dan dibeli oleh pekerja.

Pekerja boleh memohon untuk pemotongan gaji dan perlukan kebenaran Ketua Pengarah untuk perkara berikut:-

  • Bayaran KWSP, SOCSO, insurans dan perkara berkaitan untuk faedah pekerja.
  • Bayaran semula ‘advance’ gaji oleh pekerja yang melebihi gaji bulanan tertakluk kepada Seksyen 22 Akta Kerja 1955
  • Pemotongan gaji untuk bayaran kepada pihak ketiga bagi pihak pekerja
  • Pemotongan gaji untuk bayaran pembelian barang perniagaan majikan oleh pekerja yang ditawarkan oleh majikan
  • Pemotongan gaji untuk bayaran sewa penginapan, makanan dan servis yang disediakan oleh majikan kepada pekerja yang diminta oleh pekerja atau yang tertakluk dalam kontrak pekerjaan

Pemotongan gaji tidak boleh melebihi 50% daripada gaji pekerja untuk bulan tersebut, KECUALI untuk:-

  • Baki gaji akhir pekerja yang diberhentikan
  • Pemotongan gaji untuk bayaran pinjaman rumah tidak melebihi 75% gaji, tetapi perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu

 

FAILKAN ADUAN PEKERJA

Pekerja atau pengadu (bagi pihak pekerja) boleh memfailkan aduan berkaitan melalui:-

  • Surat ke alamat Jabatan Tenaga Kerja berdekatan
  • Email rasmi Jabatan iaitu jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
  • Hadir ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat kerja
  • Telefon di talian 03-8000 8000

1 thought on “CARA MEMBUAT POTONGAN GAJI PEKERJA(Muat Turun Borang PK)”

Leave a Comment