CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)

CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)

CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)

APA ITU Portal MalaysiaBiz

Portal MalaysiaBiz adalah sebuah portal untuk mudahkan daftar perniagaan, mohon lesen. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)  telah mengambil inisiatif membangunkan Portal Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan Setempat atau Portal MalaysiaBiz.

Portal ini berfungsi dalam urusan mendaftar perniagaan dan memohon lesen akan menjadi lebih cepat dan mudah kerana kedua-dua urusan ini kini boleh dilakukan di portal sahaja.

Cara untuk aksek portal MalaysiaBiz adalah melalui pautan https://malaysiabiz.gov.my dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama Badan Pendaftar Perniagaan dan Pihak Berkuasa Melesen.

 

KELEBIHAN PORTAL MalaysiaBiz

Portal MalaysiaBiz diintegrasikan dengan sistem dalam talian di 17 agensi, antaranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan beberapa lagi Badan Pendaftar Perniagaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

LANGKAH-LANGKAH DAFTAR PERNIAGAAN & PERMOHONAN LESEN GUNA PORTAL MALAYSIABIZ

Hanya melalui lima langkah mudah, pengguna boleh melaksanakan urusan secara end to end, bermula dari peringkat permohonan sehinggalah ke peringkat bayaran.

 

CARA PILIH JENIS PENDAFTARAN & LESEN PERNIAGAAN  GUNA PORTAL MALAYSIABIZ

Melalui enjin carian yang interaktif, pengguna boleh memilih jenis pendaftaran dan lesen perniagaan yang ingin dimohon melalui menu Add to MySelection. Urusan mengemukakan permohonan akan dilaksanakan melalui menu MyTray.

 

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MALAYSIABIZ

Seterusnya, pengguna boleh menyemak status permohonan di menu MyTracker. Semua permohonan yang telah diluluskan akan dipaparkan dalam menu MyBusiness (pendaftaran perniagaan) dan MyLicense (lesen perniagaan).

CARA MEMPERBAHARUI PENDAFTARAN & LESEN PERNIAGAAN TAMAT TEMPOH

Pengguna juga boleh memperbaharui pendaftaran dan lesen perniagaan yang telah tamat tempoh terus melalui menu MyBusiness dan MyLicense. Portal MalaysiaBiz juga boleh diakses melalui telefon pintar untuk keselesaan pengguna.

 

CARA MEMBELI DATA PERNIAGAAN GUNA PORTAL MALAYSIABIZ

Untuk membeli data perniagaan,anda perlu ke menu MyBiz-Data yang antaranya adalah seperti nama, status, alamat, jenis dan tarikh pendaftaran perniagaan serta maklumat pemilik daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

PELAKSANAAN FORMAT NOMBOR 12 DIGIT

Satu lagi inisiatif yang turut dilaksanakan melalui Portal MalaysiaBiz adalah pelaksanaan format nombor 12 digit sebagai nombor pengenalan entiti perniagaan yang baharu.

Ia adalah satu format nombor yang menepati piawaian bagi kesemua jenis entiti perniagaan.Sebelum ini, Badan Pendaftar Perniagaan menggunakan pelbagai format nombor pengenalan entiti perniagaan yang tidak seragam.

Ini cara DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan daftar perniagaan dan permohonan lesen, sila layari; https://malaysiabiz.gov.my/ms

1 thought on “CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)”

Leave a Comment