CARA RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM(Buat Temujanji Pembaharuan LKM)

CARA RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM(Buat Temujanji Pembaharuan LKM)

CARA RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM(Buat Temujanji Pembaharuan LKM)

Terkini, melalui kenyataan rasmi, JPJ untuk menambahkan lagi saluran bagi urusan urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan kenderaan persendirian di Puspakom.

Bagaimana cara ingin membuat pembaharuan di Puspakom? Disini kami kongsikan caranya.

 

TARIKH URUSAN PEMBAHARUAN LKM DI PUSPAKOM

Untuk makluman urusan pembaharuan lesen kenderaan motor (renew cukai jalan / roadtax) bagi kenderaan persendirian boleh dibuat di puspakom mulai 1 september 2021.

 

JENIS KENDERAAN YANG BOLEH MEMPERBAHARUI LKM DI PUSPAKOM

Semenjak tahun 2020,  urusniaga pembaharuan LKM di Puspakom hanya melibatkan kenderaan decontrolled (kenderaan barangan dengan berat 7,500 kg dan ke bawah.

Terkini urusniaga ini telah diperluaskan kepada kenderaan persendirian (kecuali motosikal) sama ada dimiliki oleh individu mahupun oleh syarikat di Pusat Pemeriksaan Puspakom. Inisiatif ini akan diperluaskan kepada urusniaga pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing yang dijangka bermula November 2021 nanti.

 

CAWANGAN PUSPAKOM YANG TERLIBAT

Inisiatif urusniaga pebaharuan LKM bagi kenderaan persendirian di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM ini akan dilaksanankan secara berperingkat di SEMUA 39 pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh Semenanjung Malaysia.

 

CARA RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM(Buat Temujanji Pembaharuan LKM)

Sekiranya anda ingin membuat urusan pembaharuan LKM di Puspakom, anda dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu. Urusan urusniaga secara walk-in adalah tidak dibenarkan. Berikut adalah cara membuat temujanji:

  1. Layari LKM portal di pautan https://lkm-appointment.puspakom.com.my/
  2. Seterusnya klik pada Make An Appointment Now
  3. Kemudian pilih Negeri dan Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang ingin anda kunjungi.
  4. Seterusnya pilih Tarikh dan Masa yang tersedia.
  5. Isi maklumat yang diperlukan:
    • Nama
    • Email
    • No telefon
    • No Kad Pengenalan
  6. Seterusnya klik Book
  7. Anda akan menerima email pengesahan temujanji melalui email yang didaftarkan.

NOTA: Pastikan anda membawa slip pengesahan temujanji (yang diterima melalui email) dan dokumen lengkap untuk berurusan semasa di Puspakom nanti.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN LKM DI PUSPAKOM

Untukurusniaga pembaharuan LKM di Puspakom, pastikan anda sediakan dokumen berikut:

  1. Geran original kenderaan
  2. Kad pengenalan
  3. Lesen memandu (pastikan masih sah)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew roadtax di Puspakom,sila rujuk:

 

ARTIKEL LAIN

CARA JUAL & BELI KERETA DI CARSOME(Cara Buat Temujanji Pemeriksaan /Bidaan Kenderaan)

CARA RENEW ROADTAX PEJABAT POS (Cukai Jalan Kereta & Motor)

Leave a Comment