DRT Rapid KL(Cara Booking Kumpool Mobi Trek Riders)

DRT Rapid KL, atau Demand Responsive Transit, adalah perkhidmatan pengangkutan yang berkonsepkan atas permintaan yang menggunakan van sebagai moda pengangkutan. Ia dipilih kerana ia adalah murah, selesa, mudah, efisien, fleksibel, dan menjimatkan. Tambangnya adalah RM1.00 untuk setiap perjalanan dan pelbagai mod pembayaran disediakan seperti My50, Kad Touch ‘n Go, OKU SMILE, Pas MyCity 1 Hari & 3 Hari, Kad Konsesi MyRapid, dan Pas Famili.

Berikut adalah laluan-laluan yang terlibat:

  1. T757 – LRT Alam Megah – Seksyen 27, Shah Alam (Kumpool)
  2. T785 – LRT Taman Paramount – Kampung Baiduri (Kumpool)
  3. T783 – LRT Taman Bahagia – SS6 (Kumpool)
  4. T221 – LRT Sri Rampai – Giant Ulu Kelang (Kumpool)
  5. T774 – LRT Glenmarie – MSU, Stadium Shah Alam (Mobi)
  6. T582 – LRT Sri Petaling – Bandar Sri Petaling (Trek Rides)
  7. T203 – LRT Taman Melati – Danau Kota (Trek Rides)

Cara Tempah Booking DRT Rapid KL

Untuk menempah perkhidmatan DRT, anda perlu:

  1. Muat turun aplikasi yang berkaitan untuk tempahan (App Store / Google Play)
  2. Buat tempahan
  3. Pilih lokasi naik dan turun
  4. Sahkan tempahan anda
  5. Tunggu di lokasi tempahan
  6. Bayar tambang yang dikenakan

Artikel Lain > RAPID KL CUSTOMER SERVICE NUMBER(Aduan Bus LRT)

Leave a Comment