CARA TRANSFER BSN KE BANK LAIN GUNA BSNSECURE
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan BSNSecure. Disini kami ingin kongsikan cara untuk transfer BSN ke bank yang lain menggunakan BSNSecure, semoga membantu
APA ITU BSNSECURE
BSNSecure merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC
TARIKH KUATKUASA BSNSECURE
Mulai 1 Julai 2023, semua transaksi Perbankan Internet myBSN akan dibenarkan melalui Aplikasi BSNSecure, menggantikan SMS TAC.
MUAT TURUN APLIKASI BSNSECURE
Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi BSNSecure di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA TRANSFER BSN GUNA BSNSECURE
Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pastikan anda terlebih dahulu aktifkan fungsi BSNSecure ini terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pindahan wang menggunakan BSNSecure iaitu:
- Layari pautan MyBSN
- Log masuk menggunakan username dan password anda.
- Pada menu utama klik pada Transfer
- Isikan segala maklumat yang diperlukan seperti:
- Pada Akaun Penerima, pilih Bank Penerima yang akan dituju.
- Masukkan Nombor Akaun pada ruangan yang tersedia dan klik Teruskan.
- Isikan pada Nama Panggilan penerima.
- Tick pada kotak Simpan butiran ini ke senarai penerima.
- Isikan Maklumat Penerima. Klik Teruskan.
- Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
- Sila pilih Jadual Transfer dan Metode Transfer.
- Isikan Berita (optional)
- Tick pada kota terma dan Syarat, dan klik pada Confirmt
- Paparan maklumat transfer anda akan tertera, semak kembali maklumat tersebut
- Anda akan menerima notifikasi (Push Notification) BSNSecure di Aplikasi BSNSecure yang berdaftar. Anda hanya perlu “Approve” atau “Reject” transaksi tersebut dalam masa 60 saat.
- Sekiranya anda ingin meneruskan transaksi tersebut, klik pada Approve
- Selesai, proses transfer anda telah berjaya. Resit transfer akan dipaparkan di skrin.
SOALAN LAZIM (FAQ) BSNSECURE
Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan Kod TAC Selamat yang salah?
- Jika anda telah memasukkan Kod TAC Selamat yang salah atau ia telah tamat tempoh, anda perlu meminta yang baharu.
- Sebarang transaksi melalui myBSN akan dinafikan jika Kod TAC Selamat yang salah digunakan atau kod tersebut tamat tempoh. (Kod TAC selamat hanya kekal sah selama 60 saat).
Apakah yang akan berlaku jika Kod TAC Selamat saya telah tamat tempoh atau tidak lagi sah?
- Jika Kod TAC Selamat yang anda minta sebelum ini tidak lagi sah atau telah tamat tempoh, anda juga perlu meminta yang baharu.
Apakah had masa untuk meluluskan transaksi dengan Pengesahan Selamat?
- Anda mempunyai 60 saat untuk meluluskan transaksi menggunakan Aplikasi BSnsecure.
Adakah mungkin untuk membatalkan pendaftaran Apl BSNSecure?
- Ya, anda boleh membatalkan pendaftaran aplikasi mudah alih BSNSecure melalui Perbankan Internet myBSN.
- Walau bagaimanapun, ini tidak akan menukar kaedah kebenaran anda kembali kepada SMS TAC. Pada kali seterusnya anda perlu membenarkan transaksi pada Perbankan Internet myBSN, anda akan digesa untuk mendaftar semula apl tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
- Hubungi: 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN:
- DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE TRANSAKSI MYBSN BSNSECURE
- CERMIN KERETA PECAH RETAK:CARA CLAIM INSURANS(Tukar Cermin Baru)CARA TRANSFER DUIT DARIPADA AKAUN BSN KE TABUNG HAJI GUNA MYBSN
2 thoughts on “CARA TRANSFER BSN KE BANK LAIN GUNA BSNSECURE”