CARA TUKAR SIMKAD ROSAK HILANG (Sim Card Telefon)

CARA TUKAR SIMKAD ROSAK HILANG (Sim Card Telefon)

CARA TUKAR SIMKAD ROSAK HILANG (Sim Card Telefon)

Telefon pintar atau telefon bimbit merupakan benda yang terpenting yang perlu di bawa ke mana-mana bagi menggantikan laptop riba atau komputer. Menyedari akan kepentinganya, adakah anda tahu cara untuk menukar simkad rosak atau hilang? Tanpa simkad, penggunaan telefon akan terhad.

 

Untuk itu, izinkan kami menunjuk cara untuk menukar simkad telefon dengan mudah dan tepat.

 

CARA TUKAR SIM KAD ROSAK HILANG

 

Bagi memudahkan anda merujuk cara yang tepat, kami bahagikan artikel kepada syarikat telco yang berlainan. Hal ini kerana, setiap talian telco adalah berbeza cara penukaran.

 

CARA TUKAR SIMKAD DIGI  ROSAK HILANG

 

  1. Pertama, anda perlu ke kaunter Digi yang berdekatan.
  2. Sila bawa sekali salinan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
  3. Berikan maklumat nombor telefon anda kepada pegawai bertugas.
  4. Nyatakan anda ingin membuat gantian simkad baharu.
  5. Anda dikenakan cas RM10 untuk tujuan ini.

 

CARA TUKAR SIMKAD CELCOM ROSAK HILANG  

  1. Sediakan maklumat nombor telefon yang ingin anda ganti.
  2. Untuk telco Celcom, anda perlu ke kaunter Blue Cube yang berdekatan.
  3. Jangan lupa untuk membawa salinan kad pengenalan.
  4. Sila ambil angka giliran untuk membuat urusan pengantian simkad.
  5. Berikan kad pengenalan anda kepada pegawai bertugas bagi membuat semakan dan pengesahan.
  6. Urusan anda selesai, nombor anda akan diaktifkan dalam masa sejam.

 

CARA TUKAR SIMKAD UMOBILE ROSAK HILANG  

 

  1. Untuk pengantian Umobile, anda perlu ke kaunter Umobile Center yang berdekatan.
  2. Sila bawa bersama anda salinan kad pengenalan dan butiran nombor yang ingin anda ganti.
  3. Apabila dikaunter, nyatakan anda ingin membuat pengantian simkad dan sertakan bersama salinan kad pengalan anda.
  4. Isikan butiran maklumat anda pada borang yang diberi.
  5. Cas akan dikenakan sebanyak RM10.
  6. Selesai urusan, simkad baharu anda akan aktif dalam masa tiga jam

 

CARA TUKARSIMKAD MAXIS ROSAK HILANG

 

  1. Bagi pengguna talian Maxis, anda hanya perlu menelefon Maxis customer center ditalian 123 dengan menggunakan talian Maxis juga.
  2. Laporkan tentang kerosakan atau kehilangan simkad anda.
  3. Setelah itu, kunjungi mana-mana customer service Maxis atau wakil jualan Maxis yang berdekatan dengan anda.
  4. Cas akan dikenakan sebanyak RM10 dan jika berlaku penukaran seterusnya cas dikenakan adalah RM25.
  5. Talian anda akan diaktifkan dalam masa 30 minit setelah selesai urusan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan simkad hilang atau rosak, hubungi talian khidmat pelanggan telco yang anda gunakan. Semoga dengan pencerahan ini sedikit dapat membantu anda.

ARTIKEL LAIN

SIMKAD KENA BLOCK(CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G):(Cara Unlock & Guna Semula)

Leave a Comment