MySPR DAFTAR(CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE)

MySPR DAFTAR(CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE)

MySPR DAFTARCARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE

 

 

Permohonan sebagai pengundi secara online di MySPR Daftar hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang tidak bekerja sebagai polis atau tentera. Untuk makluman pendaftaran secara online ini tidak boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang sedang berada di luar negara. Anda perlu mendaftar secara manual sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).

Kepada yang buat permohonan pendaftaran pemilih baharu dan permohonan pertukaran bahagian pilihan raya,boleh semak kelulusan bermula esok di MySPR SEMAK

 

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH

Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan:

  • Seorang warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

 

DOKUMEN DIPERLUKAN MySPR DAFTAR

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut terlebih dahulu:

  • Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan)
  • Nombor Telefon Bimbit yang sah
  • E-mel yang sah
  • Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat Bertugas
  • Gambar depan Kad Pengenalan (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis)
  • Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis

Nota: Format dibenarkan : JPG, JFIF, PNG

 

CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE

  1. Layari https://myspr.spr.gov.my
  2. Klik pada butang Permohonan Akaun Baharu
  3. Masukkan maklumat seperti berikut:
    • Nama Penuh seperti dalam kad pengenalan.
    • No Kad Pengenalan
    • Telefon
    • Alamat email
    • Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
    • Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
    • Alamat rumah (seperti dalam kad pengenalan)
  4. Sila muat naik (Gambar Depan Mykad / Kad Kuasa Polis / Mytentera) dan (Gambar Swafoto (Selfie) Bersama Mykad / Kad Kuasa Polis / Mytentera)
  5. Masukkan Captcha yang tertera.
  6. Tick pada Terma & Syarat di bahagian deklarasi
  7. Seterusnya klik pada Daftar. Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima.
  8. Anda akan terima email pengaktifan, klik papad pautan tersebut untuk aktifkan akaun anda.

 

CARA AKTIFKAN AKAUN MySPR DAFTAR

Berikut adalah cara untuk aktifkan akaun anda:

  1. Klik pada pautan pengaktifan yang diterima melalui email anda
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.
  3. Klik pada Mohon No TAC, masukkan no TAC yang diterima melalui SMS dan klik Hantar
  4. Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan terpapar, selesai proses pengaktidan

 

CARA KEMASKINI PROFIL MySPR DAFTAR

Berikut adalah merupakan cara untuk kemaskini akaun anda:

  1. Log masuk akaun dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
  2. Pada menu utama klik pada Profil Saya untuk kemaskini:
    1. Kemaskini Profil.
    2. Tukar Kata Laluan.

 

CARA PENDAFTARAN PENGUNDI MELALUI MySPR DAFTAR

Berikut adalah merupakan cara pendaftaran mengundi melalui MySPR:

  1. Log masuka akaun anda
  2. Klik pada Pendaftaran > Status Saya.
  3. Seterusnya klik pada butang Borang A untuk membuat Pendaftaran Baharu
  4. Lengkapkan malumat berikut:
    • Pilih kategori pemilih.
    • Alamat Kediaman (seperti dalam kad pengenalan)
    • Pilih Jantina.
    • Pilih Bangsa
    • Pilih Agama.
  5. Tick pada perakuan dan klik Hantar
  6. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada ruangan yang tertera
  7. Klik Mohon No Tac dan masukkan No Tac yang diterima melalui SMS
  8. Pastikan anda cetak borang A untuk rujukan anda
  9. Anda alan menerima satu notifikasi email Pendaftaran Borang A.
  10. Selesai

 

CARA DAFTAR MENGUNDI MANUAL (PEMILIH BIASA)

Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai pemilih biasa, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran
  2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul
  4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai rujukan anda

 

CARA DAFTAR MENGUNDI BAGI PENGUNDI TIDAK HADIR ( ANGGOTA TENTERA)

Cara daftar mengundi untuk anggota tentera tidak sama dengan orang awam.

Pendaftaran sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlulah:

  • Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP.
  • Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  • Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul.
  • Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut.
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
  • Diingatkan bahawa Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  • Selain itu, hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

 

 

CARA DAFTAR MENGUNDI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Cara daftar mengundi untuk rakyat Malaysia di luar negara juga sedikit berlainan.

Penjawat Awam atau pelajar yang sedang berada di luar negara juga akan dikira sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).

Pendaftaran PTH dalam kalangan mereka ini, serta pasangan mereka akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara):

  • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  • Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Nyatakan alamat tempat tinggal di luar negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul.
  • Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut.
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
  • Perlu diingatkan bahawa hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).
  • Selain itu, warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  • Di samping itu, status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

 

CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE

Untuk membuat permohonan menukar alamat mengundi, pertama sekali klik Status Saya

Klik BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)

Setelah melengkapkan/mengubah semua maklumat yang diperlukan, klik HANTAR di sudut kanan bawah skrin

Suatu dialog Notifikasi akan keluar. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik MOHON TAC

Isi No. TAC yang diterima melalui SMS di telefon bimbit dan klik HANTAR

Skrin Status Saya akan terpapar dan pengguna boleh memuat turun atau mencetak borang tersebut. Untuk mencetak borang, klik PAPAR/CETAK BORANG A

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran MySPR Daftar ini seperti Manual/Panduan Pengguna untuk MySPR Daftar atau jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi SPR seperti berikut:

Telefon : +603 8892 7018

Emel : [email protected]

Alamat : Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA

27 thoughts on “MySPR DAFTAR(CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE)”

  1. Rosli B Mohamed
    I/C: 640904015877
    Tukar alamat mengundi ke:-
    Lot 1870, Batu 7 1/2, Jalan Nenas, Meru, 41050 Klang, Selangor

    Balas
  2. parlimen kota kinabalu dan Dun Api api tukar ke parlimen kenamis dan Dun membakut alamat terkini kg tahak membkut 89720 .

    Balas

Leave a Comment