CHECK BKSS 8.0(Semak Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022)
Terkini, Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19
Berikut adalah senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 yang akan dilaksanakan pada tahun 2022:
Check Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0
- Bantuan Kewangan 6 Bulan
Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.
- Diskaun Bil Elektrik & Bil Air
BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.
Bagi diskaun bil air, beliau berkata, sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.
- Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai
Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
Selain itu, kata Ketua Menteri, kerajaan juga memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.
- Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen
Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.
- Geran Peniaga / Penjaja RM1,000
Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.
Dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BKSS 7.0 yang sedang ditawarkan baru-baru ini, sila rujuk : BKSS 7.0: Permohonan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga
Ada Lagi Ke Bantuan Lain?
Selain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:
Housing Deposit Assistance Scheme . Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.
Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.
RINGKASAN BKSS 8.0
- Diskaun Bil Elektrik 5% sehingga 25% kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM166.8 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
- Diskaun Bil Air 10% hingga 25% untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM24.0 juta yang akan dibiayai Kerajaan Sarawak.
- Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Kos keseluruhan diskaun melebihi RM2.6 juta.
- Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Januari hingga Jun 2022. Ia melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta kepada Kerajaan Sarawak.
- Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Keseluruhan diskaun berjumlah RM1.7 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
- Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberi kepada pengusaha penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah di Sarawak bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang diperlukan. Ia melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM870,000.
- Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dalam tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM87.5 juta.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat dan info terkini tentang cara check BKSS 8.0,sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/
atau sila rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan ini https://srms.sarawak.gov.my/
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR BKM 2022 (REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)
SEMAKAN KELULUSAN BKM 2022 (Check Status LULUS / TIDAK)
Tags: #APPLY service.sarawak.gov.my #APPLY srms.sarawak.gov.my #CHECK BKSS 8.0 #Check Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0 #CHECK service.sarawak.gov.my #CHECK srms.sarawak.gov.my #PERMOHONAN service.sarawak.gov.my #REGISTER srms.sarawak.gov.my #SEMAKAN service.sarawak.gov.my #SEMAKAN srms.sarawak.gov.my #STATUS srms.sarawak.gov.my
Geligah Anak tisa6 bulan ago
Rm10,000 mahu mbank
Juing Runggai5 bulan ago
Salam sejehtera, bila BKKS 8.0 Diberi.
Kidin anak kip-an5 bulan ago
Kidin anak kip-an
Siti Aida Bte Dalil5 bulan ago
Bilakah pembayaran Bantuan KHAs sarawakku Sayang Akan dibayar?
Phang li ngo5 bulan ago
Bagai mana check bkss 8.0 lulus tak
Merilyn sulug5 bulan ago
Bagaimana check BKSS 8.O LULUS TAK
Kent Jong5 bulan ago
semak Status bkss8.0 untuk Micro business enpt
Fabian Edwin3 bulan ago
Saya mohon bantuan Sarawak ku sayang RM 500
Kong Sieng Kiih3 bulan ago
Bagai mana semak bkss 2022 Dan bila diberi?