CHECK KEPUTUSAN SPM 2021(ONLINE/SMS):SEMAKAN SEMULA & CARA BUAT RAYUAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 kini boleh disemak secara atas talian. Namun semakan dalam sistem adalah untuk melihat keputusan dan bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. calon hendaklah hadir ke sekolah untuk dapatkan slip keputusan peperiksaan. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2021 Dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada tarikh berikut.
- Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)
- Masa: Mulai jam 10.00 pagi
CARA CHECK KEPUTUSAN SPM 2021
Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:
- Secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh. Pautan mulai dibuka pada pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022
- Menerusi khidmat SMS u tuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada (akan dikemaskini).
- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.
CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH 2022
Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.
- Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada 16 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.
- Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai selepas 4 hari pengumuman keputusan di laman web myresult3.moe.gov.my
- Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.
CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN STAM PENUH 2022
Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon. Baca tentang PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40,CALON SPM & STPM 2022
SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2022
Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM. Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020. Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-
- Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
- Pilih Menu Perkhidmatan
- Pilih tab > Semak Semula
- Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’
NOTA: Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.
TARIKH PENGISIAN UPU ONLINE Berikut adalah merupakan tarikh pengisian UPU online:
- Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
- Lepasan STPM/Setaraf : 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf)
SOALAN LAZIM Boleh ke semak keputusan SPM secara online?
- Boleh
Boleh ke semak keputusan SPM secara SMS?
- Boleh
Macam mana cara semak keputusan SPM melalui SMS?
- Sia taip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada (akan dikemaskini)
Boleh ke buat semakan semula keputusan SPM 2022?
- Boleh
Berapa bayaran dikenakan untuk buat semakan semula keputusan SPM 2020?
- RM100 setiap mata pelajaran
saya telah membuat bayaran rm100 untuk. check semula result spm bagi mata pelajaran english 15 jun 2021, dan kini tiada apa apa info yang saya terima. bagaimana cara untuk mengetahui secara detail tentang rwsult spm saya,