DAFTAR MUET (Tarikh Pendaftaran & Registration Sesi 3 2023)
Kepada anda yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), seharusnya dikehendaki untuk mengambil Malaysian University English Test (MUET) bagi melayakkan kemasukan ke IPT. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk daftar MUET, semoga membantu.
APA ITU MUET
Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
YURAN PENDAFTARAN MUET
Berikut adalah merupakan yuran pendaftaran MUET yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia: RM100
- Bukan Warganegara: RM350
KOMPONEN UJIAN MUET
Berikut adalah merupakan komponen peperiksaan MUET iaitu:
Kod Kertas | Nama Kertas |
800/1 | Listening |
800/2 | Speaking |
800/3 | Reading |
800/4 | Writing |
TARIKH PENDAFTARAN MUET SESI 3 2023
Calon yang ingin mendaftar peperiksaan ini boleh berbuat demikian mulai:
- Calon sekolah/institusi: Mulai 12 Julai 2023 sehingga 23 Ogos 2023
- Calon Persendirian/individu: Mulai 2 Ogos 2023 sehingga 23 Ogos 2023.
TARIKH UJIAN MUET SESI 3 2023
Berikut adalah merupakan tarikh ujian yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi sesi 3 2023 iaitu:
UJIAN | TARIKH |
Tarikh ujian lisan (Speaking) | Akan Dikemaskini |
Tarikh ujian bertulis (Written) | Akan Dikemaskini |
CARA DAFTAR MUET
Kepada calon persendirian yang ingin membuat pendaftaran MUET, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MUET Registration Form
- Pilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang berhampiran anda inginkan.
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat, kemudian klik Next
- Maklumat pembayaran akan tertera klik pada Submit Registeratin.
- Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
- Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.
NOTA: Bagi calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.
TARIKH CETAK SLIP DAFTAR MUET SESI 3 2023
Slip pendaftaran MUET boleh dicetak mulai 31 Januari 2023
CARA CETAK SLIP DAFTAR MUET
Berikut adalah merupakan cara membuat semakan slip daftar Malaysian University English Test:
- Layari pautan mengikut katagori:
- Masukkan no Kad pengenalan anda dan klik semak
- Seterunya tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET sesi 3 2023, anda boleh melayari website rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
ARTIKEL LAIN
- KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 (Nak Sambung Form 6)