DATA PERCUMA B40:CARA DAPATKAN SIMKAD 4G LTE 40GB(Yes Kasi Up B40)

DATA PERCUMA B40:CARA DAPATKAN SIMKAD 4G LTE 40GB(Yes Kasi Up B40)

DATA PERCUMA B40CARA DAPATKAN SIMKAD 4G LTE 40GB(Yes Kasi Up B40)

 

YTL melancarkan Yes Kasi Up B40, sebuah pakej yang menawarkan 40GB data percuma kepada golongan B40 yang berdaftar.

APA ITU YES?

YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd.

APA ITU YES KASI UP B40?

Yes Kasi Up B40 adalah inisiatif terbaru dalam kempen Yes Kasi Up. Ia bermula dengan pelancaran pelan prabayar Yes Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia.

Inisiatif ini membantu golongan yang memerlukan selepas kejayaan setahun mereka melancarkan program berimpak tinggi Belajar Dari Rumah yang menyediakan data percuma kepada murid-murid di sekolah kerajaan dan telefon percuma untuk pelajar-pelajar B40.

 

Susulan kejayaan tersebut, YES kini berbesar hati untuk menawarkan program data percuma ini secara lebih meluas melibatkan semua pengguna yang tergolong dalam kumpulan B40.

Pengguna yang tergolong di dalam B40, boleh memohonnya di laman web www.yes.my/kasiupB40 atau melalui aplikasi MyYes.

CARA DAPATKAN SIMKAD 4G LTE 40GB(Yes Kasi Up B40)

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Simkad & Data Percuma YES:

  1. Lawati laman web: www.yes.my/kasiupB40
  2. Tekan butang START.
  3. Tekan B40 FREE SIM.
  4. Tekan SELECT PLAN.
  5. Isi maklumat penghantaran. (Penghantaran adalah PERCUMA)
  6. Siap!

 

SOALAN LAZIM

Macam mana nak tahu saya layak menerima Simkad dan data percuma B40?

Melalui semakan Bantuan Prihatin Rakyat/ Bantuan Sara Hidup

Berapa GB data percuma yang ditawarkan Simkad 4G LTE?

40GB

Adakah perlu bayar kos penghantaran?

Pemohon tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran kerana ia adalah percuma.

Berapa lama tempoh sah 40GB data percuma?

Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.

Apa itu Yes Kasi Up B40?

Yes Kasi Up B40 adalah inisiatif terbaru dalam kempen Yes Kasi Up. Ia bermula dengan pelancaran pelan prabayar Yes Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia. Bersama pelan pascabayar Yes Kasi Up Postpaid 49, dengan langganan percuma selama 6 bulan untuk kontrak selama 2 tahun.

 

Apa itu Yes Kasi Up Refer & Earn?

Ia diikuti dengan program Yes Kasi Up Refer & Earn, memberi peluang kepada pelanggan YES untuk menjana pendapatan tambahan dengan merujukkan pelan Yes kepada rakan atau ahli keluarga.

Apa itu Yes Databack?

Seterusnya adalah program Yes Databack dengan kerjasama Shopee, memberi ganjaran berjuta GB data percuma kepada pelanggan Shopee.

Apa itu aplikasi MyYes?

Aplikasi MyYes digunakan untuk sebarang urusan pengguna Yes.

Bolehkah saya beralih ke YES sambil mengekalkan nombor saya?

Sudah tentu! Anda boleh membeli mana-mana pelan YES,Β  dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3!

  1. Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYES
  2. Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada YES dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
  3. Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web YTL Foundation https://ytlfoundation.org/

5 thoughts on “DATA PERCUMA B40:CARA DAPATKAN SIMKAD 4G LTE 40GB(Yes Kasi Up B40)”

  1. “DATA PERCUMA B40:CARA DAPATKAN SIMKAD 4G LTE 40GB(Yes Kasi Up B40)”

    Balas

Leave a Comment