PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Semua sedia maklum bahawa sesi persekolahan kini dilaksanakan secara PdPR. Golongan B40 sangat memerlukan telefon pintar untuk pelaksanaan PdPR.
YTL Foundation telah melanjutkan permohonan telefon percuma B40 dan data internet sehingga Jun 2021 ini khas untuk pelajar yang layak.
Bagaimanakah cara untuk buat permohonan bantuan telefon pintar & data percuma B40 bagi tahun 2021?
Bagi menyokong ibu bapa, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan 40GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan.
Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses:
- Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.
- Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
- 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan telefon pintar & data percuma bagi tahun 2021:
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40
- Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
- Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)
- *Anda perlu mengemukakan tangkapan skrin status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa murid yang tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM 1,600
CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.
Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)
Berikut adalah langkah untuk buat permohonan:
- Dapatkan pencalon untuk calonkan anda dan anak anda.
- Sila Layari https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/
- Sila masukkan Maklumat berikut: – Nama Sekolah – Nama Pencalon – Nombor Mykad Pencalon – Emel Pencalon – Nombor Telefon Pencalon
- Selepas Masukkan maklumat atas dan tekan butang “Next”
- Sila Masukkan Maklumat berikutnya: – Nama Pelajar – Nombor MYKID Pelajar – Nama Ibu/Bapa – Nombor MYKAD Ibu/Bapa – Emel Ibu/Bapa – Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40. (Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
- Selepas Masukkan maklumat atas dan tekan butang “Next”
- Sila tekan kotak kecil sebelum mesej seperti di bawah. – Saya mengesahkan bahawa murid yang disyorkan adalah daripada keluarga golongan B40 dan tidak mempunyai peranti untuk belajar dari rumah.
- Sila tekan kotak kecil dalam mesej dan klik butang Submit.
- Selepas itu, Pencalon akan terima emel permohonan dari YTL Foundation.
TUTORIAL CARA PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Layari laman web YTL Foundation di https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/
Sila Masukkan Maklumat berikutnya:
- Nama Pelajar
- Nombor MYKID Pelajar
- Nama Ibu/Bapa
- Nombor MYKAD Ibu/Bapa
- Emel Ibu/Bapa
- Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40. (Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40.
(Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
Seterusnya, sila tekan kotak kecil sebelum mesej dan tekan butang “Submit”.
Permohonan telah berjaya dihantar akan menerima notifikasi seperti dibawah.
Anda juga akan menerima e-mel Pengesahan daripada YTL Foundation atas permohonan anda.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Selepas menghantar permohonan, anda boleh membuat semakan status di SINI: https://lcs.yes.my/
Anda juga akan menerim e-mel notifikasi sekiranya permohonan anda berjaya seperti berikut:
Sekiranya pencalonan berjaya, notifikasi menerusi e-mel akan dihantar kepada guru dan ibubapa pelajar berserta langkah seterusnya.
Pendaftaran adalah khusus untuk ibubapa sahaja.
Ibubapa perlu mengikuti proses proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:
- Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
- Satu salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
- Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.
- Sekiranya ibubapa memerlukan bantuan, sila berhubung dengan ibubapa dan hulurkanlah bantuan dimana perlu
Berikut adalah ontoh bantuan telefon pintar 2021 YES yang telah diterima murid:
TARIKH AKHIR PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Menurut laman web YTL Foundation, anda boleh membuat permohonan bantuan telefon pintar dan data internet ini sehingga Jun 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila rujuk YTL Foundation untuk inisiatif ini dan rujuk soalan lazim (FAQ)
Tags: #CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation) #PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation) #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation) #TUTORIAL CARA PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)
Suhailah afifah binti hamdan1 month ago
“PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)”
Mohamad arfendi bin mohd akil1 month ago
Mohon telefon pintar
Nur Fazira1 month ago
Kalau pelajar stpm boleh mohon ke?
NorHerwerna Binti Hasan Mohamad1 month ago
Untuk anak saya tingkatan 2
PUVANESVARY1 month ago
PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)”
Yamuna1 month ago
Thank you
nikki azmira fauzana binti ali akbar1 month ago
PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021
SYAFIQ SYAZWAN1 month ago
0136655927 SYAFIQ SYAZWAN
Azlina binti mohammad1 month ago
Klu dh penah dapat….bole kah mohon utk kali ke 2 pada si adik pula?????
Pertama name abang nye
Kedua sy mahu mohon pada adik nye pulak….jadi bole ker sy mohon
shahfira1 month ago
permohonan bantuan telefon pintar dan percuma untuk kelas online tahun 2021…terima kasih
Junaidah1 month ago
Mohon bantuan telefon pintar percuma dengan data percuma
syairil amin1 month ago
21
Yusnizar1 month ago
Sy dh mohon tapi permohonan gagal. Sy dh pn cuba lg skli dgn nma sy pun gagal.sedangkan ank2 hrus berkongsi telefon bila nk buat kerja sekolah mereka . Bpn dapat gaji hanya rm 1000-1100 sblm hanya suami yg bekerja. Bagaimana sy nk dapatkan bantuan telefon pintar secara percuma ini.
Boleh hubungi saya di talian 0109729539.
Terima kasih
Siti Kesuma BT Seli1 month ago
Dh mohon tp gagal.mtk di pertimbangkan permohonan.0164011433,terima kasih
Kasturi Veela3 weeks ago
Nama saya Kasturi Veela ibu kepada Pavitra Devi 080425101548. Saya ada apply telefon pintar ..sekarang saya kena buat kemaskini. Macam mana nak buat kemaskini . Kalau dapat telefon pintar ini senang sikit bcs I ada anak 4 orang. Guna 1 phone untuk buat kerja rumah.
Nur Ain Syafiqah bt Samsudin3 weeks ago
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t
Dengan ini saya perlukan bantuan telefon pintar untuk penggunaan pembelajaran online sekolah kerana sekarang satu telefon digunakan atas pembelajaran online untuk 5 orang dan ada yang bersekolah tingkatan.
Manakala,dalam sehari ada yang terlepas untuk menjalankan atau menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru masing -masing.Jadi bagi pihak kami sedikit masalah.
Mohon jasa baik tuan/puan kami sangat menghargai.Semoga kami dapat atas pertolongan ini.
Sekian,Terima kasih.
mohan2 weeks ago
saya dah daftar dan sudah terima email. tapi bila semak status tiada rekod.kenapa buat macam ini. kita memang susah nak beli telefon untuk tiga orang anak. Manakala,dalam sehari ada yang terlepas untuk menjalankan atau menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru masing -masing.Jadi bagi pihak kami sedikit masalah.
Mohon jasa baik tuan/puan kami sangat menghargai.Semoga kami dapat atas pertolongan ini.
Sekian,Terima kasih.
KHAIRUL RIZAL BIN ABDUL RAHMAN11 hours ago
PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 (YTL Foundation)”