DUIT PENCEN: CHECK TARIKH BAYARAN BULANAN 2023
Kepada pesara kerajaan Malaysia, anda semestinya ingin buat semakan bayaran pencen, tetapi bila tarikh bayaran pencen 2023 akan masuk ke bank anda.? Disini kami kongsikan tarikh pembayaran duit pencen, semoga membantu.
Mengapa penting jadual bayaran pencen kepada pesara kerajaan?
- Jadual pembayaran pencen bulanan dapat memberikan kesedaran dan peringatan tentang tarikh pencen kepada setiap pesara kerajaan antaranya pesara tentera (ATM) bagi melakukan pengurusan pembelanjaan dengan lebih baik selepas berpencen.
- Berkenaan dengan jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan,kami hanya memfokuskan info jadual bayaran pencen bulanan sahaja bagi pesara kerajaan kerana dalam perkhidmatan awam terdapat beberapa jenis faedah persaraan, antara salah satu daripadanya adalah Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan).
Nak rujuk dimana jadual pembayaran pencen bulan pesara kerajaan?
- Ia dirujuk berdasarkan Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
- Setiap tahun baharu akan diumumkan dan dimaklumkan melalui surat pekeliling mengenai tarikh pembayaran pencen bulanan kepada semua pesara mengikut Kementerian dan Jabatan bagi memastikan penyediaan bayaran pencen kepada pesara dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.
Bila tarikh bayaran BONUS RAYA PESARA KERAJAAN?
Jadual Bayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan 2023
Berikut adalah senarai jadual pembayaran pencen kepada pesara kerajaan termasuk pesara tentera (ATM) bagi tahun 2023 menurut tarikh bayaran pencen sepertimana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia. Jadual pembayaran dibawah mewakili satu tarikh bayaran pencen bulanan untuk pesara kerajaan dalam kementerian dan jabatan yang terlibat di semua negeri.
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
JANUARI | 16.01.2023 | ISNIN | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
FEBRUARI | 20.02.2023 | ISNIN | |
MAC | 20.03.2023 | ISNIN | |
APRIL | 13.04.2023 | KHAMIS | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) |
MEI | 18.05.2023 | KHAMIS | Hari Pesta Keamatan 30 & 31 Mei (Selasa & Rabu) |
JUN | 19.06.2023 | ISNIN | Hari Gawai 01 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
JULAI | 20.07.2023 | KHAMIS | |
OGOS | 21.08.2023 | ISNIN | |
SEPTEMBER | 21.09.2023 | KHAMIS | |
OKTOBER | 19.10.2023 | KHAMIS | |
NOVEMBER | 20.11.2023 | ISNIN | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
DISEMBER | 14.12.2023 | KHAMIS | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Cara Semak Penyata Pencen
Pesara kerajaan boleh membuat semakan penyata pencen anda di pautan ini : https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
- JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my