e-Baucar Buku Kita Selangor: Cara Tebus Online Baucar Buku RM200

e-Baucar Buku Kita Selangor: Cara Tebus Online Baucar Buku RM200

e-Baucar Buku Kita Selangor Cara Tebus Online Baucar Buku RM200

E-baucar buku Kita Selangor yang bernilai RM200, kini tersedia untuk 1,000 mahasiswa di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, baru-baru ini melancarkan bantuan ini dengan peruntukan keseluruhan RM200,000.

 

Program e-baucar buku Kita Selangor ditujukan kepada mahasiswa Selangor di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Bantuan baucar buku ini merupakan bagian dari inisiatif Tekad Kita Selangor dalam 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

 

Tujuan utama program ini adalah untuk melanjutkan pembinaan sahsiah dan keilmuan mahasiswa melalui penggalakan minat membaca buku. Selain itu, inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban mahasiswa golongan bersasar dan asnaf dalam membeli bahan bacaan pengajian.

 

Melalui e-baucar ini, mahasiswa dapat membeli buku-buku bernilai RM200 berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Senarai Penerima Universiti Terlibat(e-Baucar Buku Kita Selangor)

 

Jumlah penerima baucar ini adalah 1,000 mahasiswa di seluruh Selangor untuk tahun ini, yang terdiri dari mereka yang menuntut di sembilan IPTA dan IPTS seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan Universiti Multimedia (MMU).

Cara Permohonan & Tebus eBaucar Buku Kita Selangor

Proses penebusan e-baucar boleh dilakukan secara digital melalui laman web Perbadanan Kota Buku di https://mall.bookcapital.com.my/. Tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Disember 2023.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan yang disediakan di https://mall.bookcapital.com.my/.

 

Artikel Lain

CARA DAFTAR LOG MASUK SSIPR (Login ssipr-daftar.selangor.gov.my)

Leave a Comment