eMadani Shopee(Aktifkan ShopeePay & Claim Kredit RM100)

eMadani Shopee(Aktifkan ShopeePay & Claim Kredit RM100)

eMadani Shopee

Berita terbaru mengenai program eMadani menunjukkan bahawa Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMadani) bernilai RM100 akan dibuka bermula pada 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Syarat Kelayakan Kredit e-Wallet RM100 Madani

Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 adalah layak memohon, dengan syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
  2. Memiliki pendapatan RM100,000 atau kurang setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sehingga 15 Julai 2023.

Inisiatif Kredit e-Tunai RM100

Inisiatif ini adalah tindak balas terhadap kejayaan dan kesan besar program e-tunai sebelum ini. Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun atau kurang. Dijangka lebih dari 10 juta rakyat, termasuk golongan B40 dan M40, akan mendapat manfaat dari peruntukan sekitar RM1 bilion untuk inisiatif ini.

Tarikh Penebusan

Tarikh pendaftaran dan penebusan kredit eMadani adalah dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Cara Penebusan e-Wallet Madani RM100

Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani boleh dilakukan melalui empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna, iaitu:

  1. MAE
  2. ShopeePay
  3. Setel
  4. Touch ‘n Go

Pengguna boleh memilih mana-mana daripada aplikasi ini untuk menebus kredit e-Wallet mereka.

 

eMadani Shopee(Aktifkan ShopeePay & Claim Kredit RM100)

Untuk mengklaim eMadani Shopee, anda boleh mengikuti langkah-langkah ringkas berikut yang disediakan di laman web rasmi Shopee di shopee.com.my:

  1. Aktifkan ShopeePay:
    • Pastikan akaun ShopeePay anda aktif.
  2. Tekan butang “Claim Now”:
    • Cari dan tekan butang “Claim Now” pada laman web atau aplikasi Shopee.
  3. Isi Borang Maklumat:
    • Isikan borang dengan maklumat peribadi yang diminta.
  4. Proses Permohonan:
    • Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 1-3 hari.
  5. Terima Notifikasi:
    • Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi Shopee apabila kredit RM100 dimasukkan ke dalam akaun ShopeePay anda.
  6. Selesai:
    • Selepas menerima notifikasi, anda telah menyelesaikan proses untuk mengklaim eMadani Shopee.

Berapa Lama Proses Klaim eMadani Shopee?

Untuk makluman, ini bukan wang tunai tetapi kredit. Setelah anda mengisi maklumat yang diperlukan, permohonan biasanya diproses dalam masa 1-3 hari. Kredit sebanyak RM100 kemudian dijangka akan dimasukkan ke dalam akaun ShopeePay anda dalam tempoh yang sama, iaitu dalam masa 1-3 hari.

Pastikan untuk sentiasa menyemak notifikasi di aplikasi Shopee anda untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status klaim dan pemberitahuan mengenai kredit yang diterima.

 

Pengumuman ini menekankan usaha kerajaan dalam memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memenuhi syarat, dan pengguna dijemput untuk mendaftar dan menuntut kredit e-Wallet mereka bermula pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut.

Boleh ker Kredit RM100 eMADANI guna untuk e-dagang dan P2P?

Tak boleh guna untuk e-dagang dan P2P

Artikel Lain

SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)

 

 

1 thought on “eMadani Shopee(Aktifkan ShopeePay & Claim Kredit RM100)”

Leave a Comment