CARA TEBUS CLAIM e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA (30 Ogos – 31 Disember)

CARA TEBUS CLAIM e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA (30 Ogos – 31 Disember)

e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA

Terkini Perdana Menteri Malaysia kini mengumumkan kerajaan akan menawarkan e-Baucer Program Jualan Malaysia semasa Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative) (ReDI) Peringkat Kebangsaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat peneusan e-baucer program jualan malaysia, semoga membantu.


APA ITU e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA

e-Baucar ini akan ditawarkan dalam usaha mengalakkan orang ramai menggunakan dompet digital dan transaksi jual-beli secara digital. Ia juga adalah sebahagian daripada Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang bertujuan merapatkan jurang perkembangan ekonomi digital dalam sektor peruncitan yang melibatkan ramai peniaga kecil di kawasan luar bandar.

 

KERJASAMA ReDI

ReDI ini melibatkan kerjasama KPDNHEP bersama Kerajaan Negeri, rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Paynet, ShopeePay, GrabPay, Maybank, Touch & Go, Boost dan 152 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dengan menyasarkan 15,000 peniaga beralih ke platform digital menjelang tahun 2025.

 

TEMPOH PELAKSANAAN e-BAUCER PROGRAM JUALAN MALAYSIA

e-Baucer ini yang akan berlangsung bermula pada 30 Ogos hingga 31 Disember 2022.

 

CARA TEBUS e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA

Kepada anda yang ingin membuat penebusan e-baucer ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun aplikasi MySales Tracker KDPNHEP (Play Store / Apple Store)
    • Aplikasi MySales Tracker sendiri disediakan dalam usaha memudahkan orang ramai untuk mengetahui pelbagai promosi dan jualan murah berdekatan sekitar radius 20 kilometer.
  2. Buka aplikasi tersebut
  3. Kila pada e-Baucer di halaman hadapan MySales Tracker KDPNHEP
  4. Tick Agree to Terms & Conditions
  5. Tekan Claim Now!
  6. Pastikan semua maklumat anda adalah betul
  7. Sila bersetuju dengan privacy clause yang dipaparkan
  8. Tekan Continue
  9. Pastikan submission anda berjaya dengan menekan butang Done
  10. Pastikan juga anda tekan butang OK, got it
  11. Selesai

CARA GUNA e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA

Orang ramai boleh mula menebus baucar untuk Program Jualan Malaysia ini melalui aplikasi MySales Tracker KDPNHEP bermula 30 Ogos ini, dan menikmati diskaun ke atas sejumlah pembelian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai e-baucer ini, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

Tags: #APA ITU e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA #CARA GUNA e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA #CARA TEBUS CLAIM e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA (30 Ogos - 31 Disember) #CARA TEBUS e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA #e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA #TEMPOH PELAKSANAAN e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA TEBUS CLAIM e-BAUCAR PROGRAM JUALAN MALAYSIA (30 Ogos – 31 Disember)"