SALAH TRANSFER DUIT KE AKAUN ORANG LAIN(Cara Dapatkan Semula Wang Anda)

SALAH TRANSFER DUIT KE AKAUN ORANG LAIN(Cara Dapatkan Semula Wang Anda)

SALAH TRANSFER DUIT

Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang,  transaksi wang boleh dibuat dengan mudah hanya menggunakan perbankan online. Tetapi atas sedikit kesilapan tidak mustahil tersalah tersalah tranfer ke akaun lain yang tidak dikenali. Perkara sebegini jarang terjadi tetapi ia tidak mustahil juga akan terjadi.

Bagaimana sekiranya tersalah tranfer duit? Bagaimana cara ingin dapatkan semula? Disini kami kongsikan caranya.

 

PANDUAN SEKIRANYA SALAH TRANSFER DUIT

Sekiranya terjadi kejadian ini, berikut adalah langkah yang perlu anda ambil:

  1. Screnshot atau print transaksi detail akaun yang anda tersilap tranfer.
    • Ia mesti mengandungi nama pemilik akaun tersebut dan nombor akaun tersebut
  2. Laporkan kepada pihak polis
    • Setelah anda sedar tersalah pindahkan wang, pastikan anda buat laporan polis. Sangat penting untuk anda tulis selengkap-lengkapnya pada laporan itu. Laporkan bagaimana anda tersalah pindahkan, bila duit itu dipindahkan dan sebagainya.
  3. Bawa laporan polis ke cawangan bank berdekatan.
    • Setelah lakukan laporan polis, bawa laporan itu kepada bank yang berdekatan. Terangkan perkara tersebut kepada pegawai bank yang bertugas. Jangan lupa minta tolong mereka untuk dapatkan kembali duit yang telah dipindahkan tersebut.
  4. Tunggu bank hubungi pemilik akaun & dapatkan persetujuan mereka
    • Bukan bermakna bila anda berhubung dengan bank anda akan terus dapatkan duit anda semula. Pihak bank mestilah hubungi pemilik akaun bank yang anda telah pindahkan wang. Oleh kerana ia berpunca dari anda tersalah transfer, jadi ia perlulah mendapat persetujuan mereka untuk dapatkan wang itu semula.
  5. Tindakan Pemilik akaun yang anda tersalah tranfer
    • Sekiranya pemilik akaun bersetuju
      • Sekiranya persetujuan di capai, urusan ini akan memudah pihak bank akan melakukan proses pemulangan wang anda kembali.
    • Sekiranyan pemilik akaun enggan bersetuju
      • Jika pemilik akaun yang menerima wang itu tadi enggan bersetuju memulangkan wang, perkara terakhir yang anda perlu lakukan adalah bawa kes ini ke mahkamah.
      • Jika amaun yang telah dipindah kurang dari RM5 000, anda perlulah lakukan fail ‘Small Claim Procedure‘ dan mahkamah majistret hanya boleh lakukan jika amaun itu tidak melebihi. Anda tak perlukan peguam di dalam mahkamah.
      • Manakala untuk yang melebihi RM5 000 pula, anda perlu gunakan perkhidmatan peguam untuk dapatkan semula duit anda.

Berikut adalah merupakan panduan sekiranya anda tersalah tranfer duit, walaubagaimana pun untuk prosuder pemulangan wang bergantung pada pihak bank anda.

 

ARTIKEL LAIN

LESEN MEMANDU HILANG:CARA DAPATKAN SEMULA & KADAR BAYARAN

KAD BANK HILANG:CARA BUAT KAD BARU (MAYBANK/CIMB/PUBLIC BANK/BSN/BANK ISLAM/BANK RAKYAT/AGRO BANK)

 

1 thought on “SALAH TRANSFER DUIT KE AKAUN ORANG LAIN(Cara Dapatkan Semula Wang Anda)”

  1. trsalh trnfer 5rtus,dh pgi blai, bank spls kjdian. tp phk bank smalam, duit xdapat blik,.. 😓mcm mna nk g mahkamah.

    Balas

Leave a Comment