eGUMIS:LOGIN SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT ONLINE
Sistem eGUMIS telah dilancarkan bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut online.Bermula 1 Januari 2020, eGUMIS boleh diakses untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut secara online.
Bagaimakah cara buat semakan eGUMIS?Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).
APA ITU WANG TAK DITUNTUT?
Wang tak dituntut atau WTD merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Berikut adalah contoh wang tak dituntut
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan; dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
- pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
PORTAL eGUMIS (Semakan WTD Online)
Untuk memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.
Sebelum menggunakan sistem semakan wang tidak dituntut online,sila ikut langkah berikut:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. Rujuk CARA DAFTAR eGUMIS
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
PROSES TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT
Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
SOALAN LAZIM eGUMIS
Apa maksud Wang tak dituntut atau WTD?
Wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Adakah saya boleh semak rekod WTD yang lama?
Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.
Berapa kali saya boleh buat carian sehari?
Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.
Adakah wang dalam akaun yang tidak aktif dikira wang tak dituntut?
Ya, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD
Bagaimakah cara buat semakan eGUMIS?
Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda pertayaan dan ingin maklumat lanjut,sila rujuk garis panduan tuntutan WTD. Sila rujuk Manual sistem eGUMIS.
wang tak dituntut buat orang susah saja yang berstatus bank draf nak surat dari bank tapi bank bagi tau bank draf ini dari cawangan mana kena pergi balik branch itu. bank draf ini tahun 2008 mana ingat 2008 dah berapa tahun jadi saya pun tak tahu dari branch mana jadi kena macam lagi waktu sekarang PKP nak rentas negeri macam mana. kan ini wang kita mesti kena bayar balik buat apa keraja nak buat rakyat susah i dah pergi 6 branch tau semua bagi bank draf ni bukan dari branch sini. sepatut JANM kena tulis sekali dari branch mana jika berstatus bank draf ini semua tak terliti senjaga nak susahkan rakyat lepas kerajaan boleh rampas wang yang tak diambil oleh rakyat. saya call JANM staff cakap apa tau kalau bank tak boleh bagi letter head kita minta maaf kita pun tak boleh nak buat apa jadi tak dapat nak tolong awak ok bye tutup call terus. perangai macam ini staff JANM fiadap itu wang kita hak kita dan JANM patut ambil tindakan terhadap bank tau.
Ok
My father faster way rdy I want check my father money
Hendak mengambil duit yang tidak dituntut
Semakan tuntutan bagi ayah Dan ibu saya.