PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) 2022 RM1000

PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) 2022 RM1000

ENDOWMENT FUND SARAWAK EFS

Inisiatif Kerajaan Negeri yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang bergelar ibu bapa apabila diputuskan setiap bayi yang baru lahir (anak Sarawak) akan diberi insentif Endowment Fund Sarawak (EFS) bernilai RM1,000 tanpa mengira etnik, kepercayaan agama dan status sosial.

Kerajaan Negeri membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baharu itu untuk memenuhi keperluan pendidikan atau memulakan kerjaya anak-anak. EFS itu hanya boleh dikeluarkan apabila anak tersebut mencapai usia 18 tahun sebagai usaha untuk membiayai persiapan awal kemasukan anak-anak ke institusi pengajian tinggi atau sebagai ‘capital grant’ untuk memulakan kerjaya.

Bagi anak angkat pula, kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat mesti pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah.

CARA PENDAFTARAN EFS 2022

Kaedah pendaftaran EFS boleh dibuat di semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau cawangan di seluruh Malaysia dengan mengisi borang EFS yang disediakan semasa membuat pendaftaran kelahiran.

  • Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada JPN atau cawangan dan mereka seterusnya akan menghantar borang yang lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu. Bank Islam akan memproses pendaftaran EFS.
  • Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.
  • Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.
  • Apabila penerima genap 18 tahun, mereka boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad ke Bank Islam atau cawangan
  • Bayi yang lahir tahun ini harus segera didaftarkan bagi membolehkan mereka menerima insentif yang disediakan kerajaan itu.
  • Bagi bayi kalangan anak Sarawak yang lahir di luar negara, kelahiran perlu didaftarkan di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia untuk anak terbabit sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak.

 

BORANG PERMOHONAN ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS)

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS)

Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS) boleh dimuat turun melalui Lawan Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

Kepada ibu yang bakal dan telah bersalin/beranak, jangan lupa baca PERMOHONAN & SEMAKAN INSENTIF IBU BERSALIN (IBB) RM450

1) Bagi negeri Sarawak, pendaftaran boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak. Sila sertakan:

  1. a) Kad Pengenalan Ibu Bapa
  2. b) Sijil Lahir Bayi/MyKid

2) Bagi negeri-negeri lain, permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan seperti di atas ke:

Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga 93551 Kuching,Sarawak

Tel: 082-242221/082-242223

(Permohonan Endowment Fund Sarawak)

Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di talian 082-311340/082-311718

Tags: #BORANG PERMOHONAN ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS) #CARA PENDAFTARAN EFS #CARA PENDAFTARAN EFS 2022 #ENDOWMENT FUND SARAWAK EFS #INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS) #MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS) #PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) 2022 RM1000

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      Hilmibinmardi2 tahun ago

      Lulus

      Reply
    2. author

      Voon Wun Sing2 tahun ago

      Bkss kenapa belum dapat??

      Reply
    3. author

      Jaidi Anak Sebastian Madang2 tahun ago

      Good Morning Sarawak
      Boleh memohon secara online
      Insentif fund Sarawak Rm1000

      Reply
    4. author

      mohad+syafiq1 tahun ago

      ho

      Reply
    5. author

      Ambong Anak bedin5 bulan ago

      Kenapa permohonan bantuan ini ada tarikh luput tatkala covib 19 sedang melanda. Saya terlupa register baby Saya selepas dilahirkan pada Mei 2020. Register pada tahun lepas selepas baby berumur setahun lebih.

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) 2022 RM1000"