PERMOHONAN RUMAH TRANSIT(Senarai Lokasi & Projek)

PERMOHONAN RUMAH TRANSIT ( Senarai Lokasi & Projek)

RUMAH TRANSIT

Kepada pasangan yang abru berumah tangga, semestinya ingin mencari rumah mampu milik untuk diduduki bersama dengan kadar harga mampu milik. Terkini, salah satuinisiatif kerajaan ini kepada pasangan yang baru berkahwin berpeluang untuk menyewa rumah yang selesa melalui program RumahTransit.Bagaimana cara untuk membuat permohonan dan senarai lokasi RumahTransit? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH TRANSIT

Program RumahTransit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

 

KADAR DAN TEMPOH SEWAAN

  • Rumah Transit ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.
  • Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adlaah merupakan syarat kelayakan permohonan program ini:

  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon telah berkahwin
  3. Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  4. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumahtransit dipohon
  5. Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumahtransit dipohon
  6. Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  7. Tiada rekod jenayah

 

CIRI-CIRI RUMAH RUMAH TRANSIT

  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
  • 2 atau 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang dapur
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu

 

KEMUDAHAN DI RUMAH TRANSIT

  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landksap

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM RUMAH TRANSIT

Kepada pasangan yang berkelaykaan ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  • Layari Web SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda.
  • Selepas memasukkan maklumat, anda perlu log in ke di portal SPRN tersebut.
  • Pilih Skim mengikut kelayakan anda.
  • Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih.
  • Pilih Projek (RumahTransit)
  • Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan anda.


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM RUMAH TRANSIT

Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal https://spkpm.lphs.gov.my/check

 

SENARAI LOKASI DAN PROJEK PROGRAM RUMAH TRANSIT

Berikut adalah merupakan senarai lokasi dan projrak program ini:

  • Presint 11, WP. Putrajaya
  • Jalan Ang Seng, WP. Kuala Lumpur
  • Tanjung Kupang, Johor Bahru

Untuk senarai projek terkini boleh rujuk DI SINI 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai program rumahtransit, anda boleh layari website rasmi SPRN teduh di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

 

Leave a Comment