CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR (Tempah Tiket )

CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR (Tempah Tiket)

GO SELANGOR

Memandangkan sekarang Malaysia sudah memasuki fasa endemik, jadi ramai pelancong akan datang ke Malaysi. Bagi memudahkan pelancong,  Kerajaan negeri Selangor melalui Tourism Selangor dengan kerjasama TourPlus Technology rasmi melancarkan aplikasi pelancongan ‘Go Selangor’ yang boleh diakses di seluruh dunia sebelum datang melancong ke negeri ini.

 

APA ITU APLIKASI GO SELANGOR

Aplikasi GoSelangor adalah satu pusat sehenti di mana ia menggalakkan semua pelancong yang hendak datang ke Selangor sebagai panduan bagi mendapatkan akses mudah berkaitan produk pelancongan di negeri ini.

 

KEMUDAHAN YANG ADA PADA APLIKASI GO SELANGOR

Antara kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi dilihat pelbagai. Ia termasuklah tempahan untuk:

  • Hotel
  • Penghantaran ke lapangan terbang
  • Percutian peribadi
  • Aktiviti keluarga.
  • Penginapan hotel
  • Tempahan tiket
  • Makanan
  • Terdapat juga ruangan ulasan yang membolehkan anda membaca dan berkongsi pendapat mengenai lokasi yang telah dilawati.

 

MUAT TURUN APLIKASI  GO SELANGOR

Bagi memudahkan penggunaan aplikasi ini, anda seharusnya memuat turun dan install terlebih dahulu:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS (akan dilancarkan pada bulan depan)

 

CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR

Berikut adalah emrupakan cara penggunaannya:

  1. Buka aplikasi GoSelangor di telefon anda
  2. Klik pada logo profil kemudian klik pada Login/Sign up
  3. Kemudian klik pada Sign Up sekali lagi
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • Alamat Email
    • Kata laluan
    • Pengesahan kata laluan
  5. Setelah lengkap klik submit
  6. Kemudian anda boleh menggunakan kemudahan yang ada dalam aplikasi ini.

 

PETIKAN MENGENAI OPERATOR GO SELANGOR

  • Kerajaan negeri mensasarkan 100,000 operator yang akan memberikan banyak pilihan kepada pelancong di dalam aplikasi GoSelangor hingga akhir tahun ini.
  • Pada masa kini, khanya ada 300 operator dan kemungkinan hujung tahun ini meningkat kepada 100,000 operator untuk beroperasi di aplikasi ini.
  • Tourplus dan Tourism Selangor akan memastikan sasaran ini tercapai yang akan pantau dari semasa ke semasa dan supaya akan menggalakkan lebih ramai operator untuk sertai aplikasi GoSelangor
  • Operator yang menyertai GoSelangor hanya perlu bayar RM300 setahun, tetapi bagi tahun pertama adalah percuma.
  • Pembangunan aplikasi GoSelangor bertujuan mempromosikan semua tempat menarik di negeri Selangor ini terutamanya yang kurang dikenali.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI TIKET ETS/ KTM ANTARABANDAR(Daftar Di ktmb.com.my)

 

Tags: #APA ITU APLIKASI GO SELANGOR #CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR #CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR (Tempah Tiket ) #GO SELANGOR #KEMUDAHAN YANG ADA PADA APLIKASI GO SELANGOR #MUAT TURUN APLIKASI  GO SELANGOR #PETIKAN MENGENAI OPERATOR GO SELANGOR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR (Tempah Tiket )"