HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)

HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)

HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)

Pasti ada diantara kita yang mengalami kesulitan apabila kehilangan kad pengenalan atau IC samaada kecuaian sendiri atau dicuri. Artikel kali ini adalah berkaitan harga denda IC hilang bagi memudahkan anda semak kadar bayaran seterusnya cara untuk membuat bayaran.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

PROSEDUR PERMOHONAN IC

 

  1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  2. Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

 

HARGA DENDA IC HILANG

 

Di bawah ini tertera jadual dan caj harga kad pengenalan hilang untuk anda yang mahu ganti baru samada caj untuk warganegara ataupun bukan warganegara Malaysia

HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)

HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)

CARA GANTI IC HILANG JPN SECARA ONLINE

 

Bagi memudahkan urusan anda, pihak JPN telah membuat penambahbaikkan untuk gantian kad pengenalan secara atas talian. Semua permohonan boleh dilakukan melalui sistem online seperti pada pautan bawah ini dengan syarat anda nak ganti yang baru disebabkan kad pengenalan rosak secara fizikal atau masalah cip tak dapat detect atau hilang kali pertama!

Gantian kad pengenalan secara online boleg diakses melalui pautan ini  https://gantianmykad.jpn.gov.my/ 

 

CARA RAYUAN DENDA IC HILANG JPN

Tiada peluang diberikan untuk anda boleh buat rayuan ic hilang termasuk masa pkp.

Ini kerana, biasanya anda buat dapat promosi harga diskaun antara 50 peratus hingga 75 peratus di Hari pendaftaran Negara sekitar bulan Oktober.

 

Cara Ganti IC Rosak Secara Online

Ada cara baru untuk ganti cip ic / mykad anda yang telah rosak melalui telefon sahaja dan secara online. Syarat mudahnya adalah:

  • Anda mesti warganegara Malaysia
  • Caj bayaran dibayar semasa mengambil gantian kad di cawangan JPN
  • Hanya kad pengenalan yang rosak sahaja dibenarkan tanpa mengubah alamat rumah / kediaman atau gambar
  • Permohonan kad pengenalan yang telah anda buat mesti diambil oleh pemilik iaitu anda sendiri.
  • Cas dikenakan adalah sebanyak RM10 sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila layari pautan Portal Rasmi JPN atau hubungi nombor hotline di talian 03-8880 8066

 

ARTIKEL LAIN

IC HILANG:CARA PERMOHONAN MyKAD ONLINE & SEMAKAN KADAR DENDA

7 thoughts on “HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)”

  1. Encik ic saya sudah kehilangan kali ke tiga saya sudah membuat di utc johor. Sehingga kini tiada jawapan.dan oleh kerana committemen bulanan banyak saya harap tuan boleh mengurangkan denda.Dan boleh mengurangkan beban saya.Terima Kasih

    Balas
  2. Saya dua kali ke UTC Pudu, petugas hilang kali ke 2, perlu repot polis, rayuan pertama di UTC Pudu hanya dpt kurang 10% dan petugas cadangkan saya ke Jln Duta utk kurangkan. Pergi ke Jalan Duta, dapat kurang ke 30% dan sya masih tak mampu utk buat bayaran kerana tiada kerja.
    Petugas di Jln Duta beritahu sekiranya tidak bersetuju dgn bayaran, rayuan untuk mendapat lebih pengurangan, saya perlu ke Putra Jaya.
    Saya hanya mohon pertimbangan supaya dpt pengurangan 70 peratus.

    Dalam keadaan sukar ini saya mohon pertimbangan pihak JPN untuk diluluskan.

    Regards,

    Sarudi bin Tahir

    Balas
  3. Sy Kali ke 3hilang ic..sudah dekat 1tahun Sy xde ic..krje security gji kecil .Sy xmampu nk byr untuk buat ic baru..Sy hrp pihak JPN pertimbangkan rayuan Sy ini dan m
    eluluskan..sekian terima kasih..
    M.Azrulnizam b Che Malek..

    Balas
  4. Suami sy kehilangan ic pd bln april lps,hilang ketika suami sy dlm lokap ipd kb,dlm reman OKT..bila hari dibebaskan suami sy dapati ic tiada bersama pakaian dia.dah buat report terus.tapi bila ke utc,kota bharu,suami sy ttp perlu membayar denda rm310,sbb kali ke-2 kehilangan ic,sedangkan ic hilang bkn sbb kecuaian suami sy,hilang ketika dlm simpanan polis .ape perlu saya buat?kami bkn ada gaji ttp kerja bila ada kerja shj.RM310,besar nilainya utk kami skeluarga…mohon beri pendapat cara utk dapTkan diskaun sewajarnya ..xmengundilah jawabnya tahun ni…

    Balas

Leave a Comment