e-TUKAR BUKAN GURU: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS(Lulus ke Gagal)

e-TUKAR BUKAN GURU: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS(Lulus ke Gagal)

e-TUKAR BUKAN GURU

Kepada Anggota Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat di Kementrian Pendidikan yang ingin membuat permohonan pertukaran anda boleh mengisi borang pertukaran bukan guru secara online menggunakan e-Tukar Bukan guru. Pertukaran bukan guru ini mempunyai 4 sesi sepanjang tahun. Sekiranya permohonan ini dibuka mulai, anda perlulah membuat permohonan pada tarikh yang diberikan ini.

Bagaimana cara membuat permohonan dan semakan e-Tukar Bukan guru? Disini kami kongsikan caranya, tetapi pastikan anda daftar terlebih dahulu, semoga membantu.

 

APA ITU e-TUKAR BUKAN GURU

e-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan membuat urusan pertukaran dan menyimpan data-data permohonan pertukaran kakitangan secara lebih efisien dan efektif

Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. Berikut adalah anggaran tempoh masa yang terlibat di dalam proses permohonan atas talian berkenaan.

 

CARA DAFTAR e-TUKAR BUKAN GURU

Pautan untuk pendaftaran baru akan diaktifkan pada tarikh permohonan pertukaran dibuka. Berikut adalah cara daftar e-Tukar Bukan Guru:

  1. Layari pautan daftar: https://etukar.moe.gov.my/pengguna_daftar.cfm
  2. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • Nama Penuh – nama penuh mengikut kad pengenalan
    • No Kad Pengenalan Baru/ ID Pengguna – No. Kad Pengenalan akan digunakan sebagai ID Pengguna.
    • Katalaluan – ciptakan kata laluan anda inginkan
    • Pengesahan Kata laluan – masukkan sekali lagi kata laluan anda
    • Alamat Emel – Sila isi alamat emel yang sah kerana emel ini akan digunakan sekiranya berlaku masalah lupa katalaluan.
  3. Semak maklumat anda, sekiranya betul tekan pada Daftar.

 

CARA LOGIN e-TUKAR BUKAN GURU

Setelah selesai proses daftar seperti di atas, berikut adalah cara untuk login:

  1. Layari pautan: https://etukar.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID pengguna (No Kad Pengenalan)
  3. Masukkan kata laluan anda
  4. Tekan Masuk
  5. Anda telah berja Login akaun e-Tukar Bukan guru.

 

CARA PERMOHONAN e-TUKAR BUKAN GURU

Berikut adalah cara membuat permohonan pertukan:.

  1. Login akaun e-Tukar Bukan Guru
  2. Klik pada Modul Permohonan dalam Senarai Menu
  3. Pada Tab Peribadi
    • Klik butang Mohon untuk membuat permohonan tukar.
    • Maklumat Tab Peribadi perlu dilengkapkan oleh pemohon.
    • Maklumat-maklumat lain di dalam Tab Peribadi anda harus lengkapkan
    • Pastikan anda memuat naik (dalam bentuk pdf) dokumen yang berkaitan
    • klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat di Tab Peribadi.
    • Peringatan : Semua maklumat yang mempunyai tanda * adalah maklumat penting yang wajib diisi oleh pengguna
  4. Tab Perkhidmatan
    • Semua maklumat perkhidmatan seperti nama jawatan, tarikh lantikan, tarikh pengesahan dalam perkhidmatan, dan tarikh berkhidmat ditempat sekarang perlu dilengkapkan. Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diberikan adalah sah.
    • Setelah semua maklumat dilengkapkan di dalam Tab Perkhidmatan klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat berkenaan.
  5. Tab Asas Permohonan
    • Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan. Semua dokumen berkaitan asas permohonan juga perlu dimuat naik. Seterusnya klik butang Simpan.
  6. Tab Tempat Dipohon
    • Pemohon boleh memilih tiga tempat yang dipohon untuk bertukar.Seterusnya klik butang Simpan.
  7. Tab Pengakuan Pemohon.
    • Paparan pengesahan harus dibuat oleh pemohon
    • Klik HANTAR untuk memastikan permohonan dihantar ke Pengesah 1.
    • Setelah butang Hantar di klik, slip permohonan pertukaran akan kelihatan. Slip berkenaan boleh digunakan oleh pemohon untuk simpanan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
    • Setiap slip mempunyai nombor permohonan yang boleh dijadikan nombor rujukan permohonan
    • Peringatan : Butang HANTAR yang telah diklik akan memastikan permohonan telah dihantar ke Pengesah 1. Pengguna tidak boleh membatalkan permohonan atau membuat sebarang kemaskini maklumat selepas butang HANTAR diklik.
    • Maklumat bahawa permohonan Nombor permohonan pertukaran diajukan kepada Pengesah 1 dan Pengesah 2 terlebih dahulu

 

CARA SEMAKAN PERMOHONAN e-TUKAR BUKAN GURU

Apabila tarikh semakan keputusn etukar Bukan Guru di umum, berikut adalah cara semakan:

  1. Login akaun eTukar Bukan Guru
  2. Klik pada Tab Semakan keputusan
  3. Anda dapat mengetahui bahawa permohonan pertukaran anda lulus atau gagal.

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah saya membuat rayuan sekiranya permohonan saya gagal?

Tiada sebarang rayuan yang boleh dilakukan. Anda boleh membuat permohonan baru pada sesi yang seterusnya.

 

Saya ingin bertanya bila dan berapa kalikah permohonan pertukaran secara atas talian ini dibuka di dalam masa setahun?

Permohonan pertukaran ini dibuka sebanyak 4 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

 

Apakah dokumen yang diperlukan semasa ingin membuat permohonan pertukaran?

Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

  • Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
  • Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
  • Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
  • Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
  • Laporan Polis; jika berkaitan dan
  • Lain-lain dokumen berkaitan.

 

ARTIKEL LAIN 

LOGIN EGTUKAR:PERMOHONAN & SEMAKAN PERTUKARAN GURU 2021-2022

Tags: #CARA DAFTAR e-TUKAR BUKAN GURU #CARA PERMOHONAN e-TUKAR BUKAN GURU #CARA SEMAKAN PERMOHONAN e-TUKAR BUKAN GURU #CHECK etukar.moe.gov.my #DAFTAR etukar.moe.gov.my #PERMOHONAN E-TUKAR BUKAN GURU #PERMOHONAN etukar.moe.gov.my #REGISTER etukar.moe.gov.my #SEMAK etukar.moe.gov.my #SEMAKAN STATUS etukar.moe.gov.my

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "e-TUKAR BUKAN GURU: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS(Lulus ke Gagal)"