Cara Guna e-PAYROLL KWSP (Pengurusan Gaji & Caruman Digital Guna i-Akaun)

Cara Guna e-PAYROLL KWSP (Pengurusan Gaji & Caruman Digital Guna i-Akaun)  

Cara Guna e-PAYROLL KWSP (Pengurusan Gaji & Caruman Digital Guna i-Akaun)

 

Terbaru KWSP telah memperkenalkan e-Payroll KWSP.Ia merupakan satu penambahbaikan portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.

Bagaimanak cara untuk menggunakan ePayroll KWSP?

APA ITU e-PAYROLL KWSP ?

e-Payroll ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara digital.

Ia juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.

APAKAH KELEBIHAN ePAYROLL KWSP?

Melalui e-Payroll,proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.

  1. Mudah diakses – Menerusi portal i-Akaun (Majikan)
  2. Pengiraan caruman automatik – KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lain
  3. Dapatkan fail dengan cepat dan mudah – Untuk agensi berkanun dan lain-lain
  4. Berdasarkan piawaian agensi berkanun – KWSP, PERKESO dan LHDNM

APAKAH FUNGSI ePAYROLL KWSP?

Fungsi utama e-Payroll adalah seperti berikut:

  1. Kemas kini gaji pekerja
  2. Menjana slip gaji pekerja
  3. Buat pembayaran caruman kepada KWSP
  4. Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
  5. Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  6. Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM
  7. Buat potongan gaji kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN e-PAYROLL KWSP

  • Pengguna i-Akaun (Majikan)
  • Majikan mempunyai minimum SATU (1) pekerja

CIRI UTAMA e-PAYROLL KWSP

  • Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
  • Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi ‘Import Pekerja’
  • Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
  • Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
  • Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
  • Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
  • Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
  • Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
  • Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
  • Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
  • Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan pertayaan tentang e-PAYROLL,sila layari  laman web rasmi e-PAYROLL >> https://bit.ly/2TYiFlq

Leave a Comment