CARA DAPATKAN i-MUAMALAT TOKEN REGISTRATION (i-MSecure)
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini Bank Muamalat telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan i-MSecure. Untuk aktidkan i-Msecure, anda perlu daptkan token terlebih dahulu. Disini kami ingin kongsikan kepada anda cara dapatkan token i-Muamalat, semoga membantu
APA ITU i-MUAMALAT TOKEN
Token i-Muamalat, dikenali sebagai i-MSecure, adalah kaedah yang inovatif dan selamat untuk membenarkan transaksi bernilai RM10,000 dan ke atas. Ia menggunakan token perisian yang dibenamkan dalam Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat dan berdasarkan ciri pengesahan dua faktor (2FA), memberikan lapisan keselamatan tambahan. Ciri ini tersedia secara eksklusif pada Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat yang baharu, yang boleh dimuat turun dari Gedung Google Play atau Apple Store.
MUAT TURUN APLIKASI i-MUAMALAT MOBILE
Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi i-Muamalat Mobile di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA DAPATKAN TOKEN i-MUAMALAT (i-MSecure)
Sebagai pengguna kali pertama,untuk membuat pendaftaran i-Msecure seharusnya anda dapatkan token terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya.:
- Layari i-Muamalat online portal dan log masuk ke akaun anda
- Pada paparan utama klik pada setting, dan klik pada menu Security dan pilih i-Msecure Token Registration
- Sistem kemudiannya akan memaparkan halaman Pendaftaran Token. Klik pada butang ‘Daftar’.
- Sistem akan mengarahkan anda ke halaman Pengesahan Pendaftaran Token dan nombor TAC akan dihantar ke nombor TAC mudah alih anda yang berdaftar. Masukkan TAC dan klik pada butang ‘Sahkan’.
- Sistem akan memaparkan halaman Pengakuan Pendaftaran Token. Klik ‘OK’. Sistem akan mengarahkan anda ke halaman Pendaftaran Token dengan kod QR.
- Kemudian klik kembali pada i-Msecure Token Registration paparan akan menunjukkan Status: Pre-Activated dengan Kod QR
CARA DAFTAR TOKEN i-MSECURE MUAMALAT
Setelah selesai anda dapatkan token, berikut adalah merupakan cara pendaftaran i-MSecure bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Buka aplikasi mudah alih i-Muamalat di telefon anda dan pastikan anda TIDAK LOG MASUK terlebih dahulu melalui kata laluan atau biometrik.
- Pada paparan utama tersebut klik pada ikon i-Msecure
- Imbas Token (kod QR) pada porta i-Muamalat online tadi
- Skrin aplikasi i-Muamalat akan memaparkan Add New Device Confirmation dengan butiran telefon pintar anda
- Masukkan Username dan Password anda, klik Next
- Anda akan menerima SMS TAC, masukkan no TAC tersebut pada ruangan tersedia dan klik Confirm
- Selesai, paparan i-Msecure Activated terpapar di skrin anda
NOTA: Hanya satu peranti sahaja yang boleh mendaftar i-Msecure dalam satu-satu masa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai i-Msecure, anda boleh merujuk:
- Portal Rasmi Bank Muamalat
- Hubungi Talian Khdimat Pelanggan: 03-2600 5500
ARTIKEL LAIN:
2 thoughts on “CARA DAPATKAN i-MUAMALAT TOKEN REGISTRATION (i-MSecure)”