PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ

PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ

IPT MAIJ

Kepada warga pelajar khususnya warga Johor yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, kini Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT, bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ

Skim bantuan zakat ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban para pelajar yang mendaftar IPT dalam negara. MAIJ merupakan majlis agama Islam yang berfungsi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor dan menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah serta mengagihkan mengikut asnaf yang layak.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon warganegara Malaysia beragama Islam
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
  3. Pemohon bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  4. Pemohon mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  5. Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
  6. Permohonan hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama.

 

TARIKH PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ

Permohonan bagi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini dibuka secara atas talian mulai (akan dikemaskini)

 

SENARAI PERINGKAT PENGAJIAN YANG DITAWARKAN IPT MAIJ

Peringkat pengajian yang ditawarkan melalui skim bantuan ini ialah:

  • Sijil (kecuali STAM dan STPM)
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

 

KADAR BANTUAN YURAN PENDAFTARAN IPT MAIJ

Kadar permohonan yang ditawarkan menerusi skim bantuan ini ialah:

  • Sijil: RM300.00
  • Diploma (semester pertama): RM500.00
  • Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00

 

SEMAKAN PENDAFTARAN IPT MAIJ

Sebelum membuat permohonan, pastikan membuat semakan pendaftaran terlebih dahulu:

  1. Layari pautan https://epayment.maij.gov.my/
  2. Pada menu utama, klik pada Daftar Pengguna.
  3. Masukan no kad pengenalan dan klik butang Semak No Kad Pengenalan
    • Sekiranya telah didaftarkan, paparan akan menyatakan data pengguna telah didaftarkan. Klik pada Klik Di SinI untuk kemas kini kata laluan.
    • Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi pemohon.
  4.  Setelah melengkapkan maklumat pendaftaran, klik ‘Setuju’ dan Simpan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pelajar yang ingin memohon hendaklah menyediakan dokumen seperti berikut untuk dimuat naik semasa permohonan iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  • Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  • Salinan surat tawaran IPT
  • Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  • Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  • Dokumen yuran pendaftaran.
  • Gambar berukuran passport.

 

 CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPTMAIJ

Kepada pelajar yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah emrupakan caranya:

  1. Layari pautan https://epayment.maij.gov.my/
  2. Log Masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Seterusnya klik pada Bantuan IPT Dalam Negeri.
  4. Isikan maklumagt yang diperlukan dengan lengkap:
    • Maklumat pemohon.
    • Maklumat ibu bapa atau penjaga.
    • Maklumat pengajian.
    • Muat naik dokumen sokongan.
  5. Setelah lengkap, semak kembali maklumat anda dan Klik Hantar.
  6. Klik pada Cetak Slip untuk simpanan sebagai rujukan permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ, sila layari website rasmi MAIJ di pautan https://www.maij.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

 

2 thoughts on “PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ”

Leave a Comment