Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN DUIT i-FITRI (Pembayaran Dana Hari Raya Terus Masuk Bank)
Kepada penduduk Negeri Terangganu, Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang berkayakan. Bagaimana cara untuk dapatkan duit raya i-Fitri ini? Anda boleh mula hantar permohonan dana raya i-Fitri secara online. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU DUIT i-FITRI
i-Fitri merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat.
KADAR BAYARAN DUIT i-FITRI
Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM300
TARIKH PERMOHONAN DUIT i-FITRI
Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 19 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 secara atas talian.
SYARAT KELAYAKAN DUIT I-FITRI
Berikut adalaj merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
Syarat Utama Permohonan
- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Kelayakan Bantuan i-FITRI
- Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
- PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
PEMOHON TIDAK LAYAK DUIT I-FITRI
Berikut adalah merupakan golongan permohon yang tidak layak untuk membuat permohonan bantuan ini iaitu:
- Peniaga berlesan adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan (disahka oleh JPKK)
- Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.
DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN DUIT i-FITRI
PERMOHONAN BARU dan PENERIMA i-FITRI 2022 hendaklah memuatnaik (upload) Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- SALINAN KAD PENGENALAN pemohon dan Pasangan
- SALINAN SLIP GAJI atau slip pencen terkini atau Surat 02 Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan
NOTA: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF
TARIKH PERMOHONAN DUIT i-FITRI PERANTAU
Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 1 April 2023 sehingga 15 April 2023 secara atas talian.
SYARAT KELAYAKAN DUIT I-FITRI PERANTAU
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
Syarat Utama Permohonan
- Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) - Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Kelayakan Bantuan i-FITRI Perantau
- Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
elaun). - Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK
LAYAK memohon - PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi
RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat
tinggal semasa. - Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan - Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
- PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN DUIT i-FITRI PERANTAU
PERMOHONAN BARU hendaklah memuatnaik (upload) Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan 1 tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan 2 Pendapatan yang di sahkan.
- Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil 3 Elektrik atau Air
NOTA: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF
CARA PERMOHONAN DUIT i-FITRI
Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:
- Permohonan untuk bantuan ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
- Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
- Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.
TARIKH PERMBAYARAN DUIT iFITRI
Tarikh pembayaran yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah mulai (akan Dikemaskini Kemudian) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pemohon yang berjaya akan menerima baucer melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai dana raya i-Fitri anda boleh layari laman rasmi kerajaan Terengganu di pautan https://www.terengganu.gov.my/
ARTIKEL LAIN
LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) :PERMOHONAN LESEN PERCUMA
Sepupu sy (oku) sblm ni dpt je tahun ni tak ada pun
Sy seorg ibu tunggal xde ap2 pun
Prihal dana raya nie…tanya jkk dye jawap tak tahu pun hal.ni
untuk semakan kelulusan idaman raya 2020
SEMAKAN & TARIKH BAYARAN DANA TERENGGANU 2020
Dana raya ni utk golong brumahtgga shj ke at…..nk thu…
Saya dok pernh dapat pun dana raya..mtk borang dgn jkkk kabor dok layak..ank beranok jkkk layak pulok..pilih kasih ar