KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA

KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA

KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA

Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta iaitu termasuk kolej, kolej universiti dan universiti dan 20 universiti awam di Malaysia. Institusi ini sedang bersedia untuk disi oleh pelajar di Malaysia yang lepasan Sijil Tinggi Malaysia(SPM) dan juga Sijil Tinggi Pensekolahan Malaysia(STPM) untuk tahun 2020/2021.

Bagi pelajar adalah penting untuk mereka membuat perbandingan untuk memilih tempat untuk menyambung pengajian mereka. Secara mudahnya anda boleh bandingkan dua jenis pusat pengajian iaitu universiti awam dan swasta. Berikut adalah aspek perbezaan yang dikenal pasti :

1. HARGA YURAN PENGAJIAN

Bagi Universiti Awam, jumlah yuran pengajian  untuk kursus jarang melebihi tiga puluh ribu ringgit.  Manakala Universiti Swasta,jumlah yuran pengajian  boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit bagi sesuatu kursus.

Adakah anda sedar tentang jumlah perbezaan harga yuran pengajian  yang sangat besar. Contohnya bagi kursus Ijazah Kejuruteraan di sebuah universiti swasta boleh mencecah kos antara lima puluh ribu hingga ke seratus tujuh puluh ribu bagi yuran pengajian sahaja. Manakala bagi kursus yang sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hanya akan dikenakan bayaran lebih kurang RM1,000 untuk satu semester

Memang sekarang ada kemudahan pinjaman pendidikan dan biasiswa, namun bagi sebuah keluarga yang sederhana ekonomi adalah menjadi beban yang sangat besar jika meneruskan pengajian di universiti swasta.

2.PEMILIHAN KURSUS YANG DIGEMARI

Bagi universiti awam, untuk mendapat tempat ke dalam kursus yang anda suka adalah bergantung kepada persaingan dan merit. Manakal universiti swasta pula kemasukan ke kursus yang anda gemari berdasarkan kepada kekosongan kursus yang ditawarkan.

Untuk mendapat peluang pengajian di universiti awam, pelajar pintar daripada Matrikulasi, STPM, Asasi dan juga diploma universiti awam akan bersaing kerana tempat tersebut adalah terhad.

3.KURSUS YANG DITAWARKAN PELBAGAI

Bagi universiti awam, terdapat pelbagai jenis kursus yang sangat luas. Manakala universiti swasta biasanya  menawarkan kursus-kursus seperti Psikologi, Kejuruteraan, Perniagaan, Undang-undang, Design, Pergigian dan Perubatan dan lain-lain.

Adalah satu kerugian jika anda tidak mengetahui bahawa universiti awam di Malaysia menawarkan pelbagai kursus agak luas. Beberapa contoh termasuk Sains Kognitif, Kerja Sosial, Sains Sukan, Sosiologi dan Antropologi, Hortikultur, Kajian Warisan, Sains Perhutanan dan banyak lagi. Ini adalah untuk memberi peluang lebih luas dan untuk mewujudkan masyarakat berilmu yang akan membantu memenuhi keperluan yang berbeza di negara ini.

4.KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Di universiti awam, kerajaan menyediakan dana yang cukup dan sentiasa ditambah baik. Maka tidak hairan jika anda dapat merasai  kemudahan dan peralatan penyelidikan di universiti-universiti awam yang lebih baik berbanding universiti swasta. Sebagai contoh, UiTM menyediakan senarai yang disediakan oleh perpustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan popular rujukan, majalah akademik, koleksi jurnal, pangkalan data dalam talian dan lain-lain pelbagai sumber elektronik. Perkara yang sama boleh dikatakan tentang kemudahan sukan di universiti-universiti awam juga. Sesetengah universiti awam juga mempunyai pusat riadah dan sukan yang sangat selesa untuk pelajar. Manakala kemudahan yang disediakan oleh universiti swasta adalah agak terhad dan berdasarkan kos yuran yang anda bayar.

KESIMPULAN TENTANG KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA

Semuanya bergantung kepada keputusan anda dan juga mengikut pencapaian akademik serta kemampuan keluarga anda sendiri. Ini hanyalah sekadar panduan kepada pelajar untuk memilih tempat pengajian tinggi anda. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut, layari portal UPU ONLINE

Leave a Comment