SENARAI KRITERIA MEMILIH UNIVERSITI

SENARAI KRITERIA MEMILIH UNIVERSITI

SENARAI KRITERIA MEMILIH UNIVERSITI
SENARAI KRITERIA MEMILIH UNIVERSITI


Biasanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) harus membuat keputusan untuk memilik tempat bagi menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi iaitu pengajian tinggi. Pelajar perlu mengetahui apakah senarai kriteria memilih universiti untuk memastikan pilihan mereka tepat dan bersesuaian dengan kelayakan akademik dan kemampuan kewangan keluarga mereka. Berikut adalah senarai kriteria memilih universiti yang boleh membantu anda membuat keputusan :

1. YURAN PENGAJIAN

Perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah kos pengajian tersebut atau lebih dikenali sebagai yuran pengajian. Yuran ini bermula untuk pendaftaran awal, yuran setiap semester dan jumlah terkumpul seluruh semesta sepanjang anda belajar di pusat pengajian tersebut. Hal ini perlu diambil kira bagi memastikan pengajian tinggi awal berjalan lancar dan tidak timbul sebarang masalah. Walaupun ada kemudahan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN), anda harus membuat pertimbangan yang tepat kerana anda juga akan menganggung hutang pengajian tersebut.

2. KURSUS YANG DIMINATI

Bagi meneruskan pelajaran anda, memilih kursus yang diminati adalah merupakan kriteria penting. Untuk memastikan anda seronok dan dapat mengusai pelajaran yang dipelajari, anda perlu memilih bidang atau kursus yang anda minat dan suka. Agak mustahil seorang pelajar memilih kursus yang tidak disukai olehnya. Ini akan menjejaskan masa depan pelajar tersebut. Dalam memilih kursus yang diminati juga, aspek keputusan akademik anda juga perlu di ambil kira kerana mungkin timbul persaingan dalam merebut peluang kursus tersebut.

3. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Perkara yang paling utama adalah tempat tinggal atau hostel untuk pelajar. Kita perlu memahami bahawa kos untuk menyewa rumah sekitar bandar adalah sangat tinggi dan keselamatan pelajar juga akan dipersoal jika tinggal diluar kawasan pusat pengajian. Ibubapa pula lebih cenderung untuk memilih pusat pengajian yang mempunyai tempat tinggal di dalam pusat pengajian itu sendiri kerana bimbing aspek keselamatan dan pergaulan sosial anak-anak mereka.

Kemudahan yang disediakan di pusat pengajian tinggi banyak membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar itu sendiri. Kemudahan yang berkaitan akademik seperti  perpustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan popular rujukan, majalah akademik, koleksi jurnal, pangkalan data dalam talian dan lain-lain pelbagai sumber elektronik.

Selain itu, kemudahan sosial juga penting untuk membantu perkembangan sosial emosi pelajar di pusat pengajian tinggi. Antara kemudahan sosial seperti kemudahan sukan seperti kolam renang, gimnasium, kemudahan ekuestrian dan julat memanah.

Leave a Comment