Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2024 2025

FASA KEMASKINI UPUONLINE LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2024/2025

Bermula 1 JUN 2024 (SABTU) | JAM 12.00 TENGAH HARI HINGGA 9 JUN 2024 (AHAD) | JAM 5.00 PETANG,anda boleh buat kemaskini UPUOnline.

KATEGORI LEPASAN SPM FASA 1:

KEMASKINI TAPISAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN HANYA DISEDIAKAN KEPADA CALON KATEGORI A, SPM 2023 (TAHUN SEMASA) YANG TELAH MEMOHON PADA FASA 1 SAHAJA. KEMAS KINI PILIHAN PROGRAM BERDASARKAN KEPUTUSAN SEBENAR SPM 2023.

KATEGORI LEPASAN SPM FASA 2:

CALON PERLU MEMBUAT SEMAKAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI E-PANDUAN SEBELUM MEMBUAT PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN DI UPUONLINE.

KATEGORI LEPASAN STPM / SETARAF:

KEMAS KINI PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN KECUALI PROGRAM TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN.

KATEGORI DIPLOMA / SETARAF:

MUAT NAIK DOKUMEN DAN KEMASKINI KEPUTUSAN AKADEMIK SAHAJA

LAYARI PORTAL RASMI : https://upu.mohe.gov.my/

Tempoh Kemaskini Bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari sehingga 9 Jun 2024 (Ahad) jam 5.00 petang.

Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline Pemohon kategori SPM, STPM, dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga pada Fasa Pengemaskinian ini.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Cara Kemaskini UPUOnline Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘. Log masuk seperti biasa. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Maklumat Lanjut Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline:

TikTok: @bkpaupu Facebook: kemasukan bkpa jpt Telegram: UPUONLINE CHANNEL Instagram: @kemasukanbkpa YouTube: bkpaUPU Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:

Hotline UPU: 03-86842363 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ E-mel: [email protected] UPUChat: https://upuchat.org/ Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200 FAKS: 03 8870 6864 ALAMAT EMEL: [email protected]

Sila layari laman web rasmi BKPA: https://upu.mohe.gov.my/

CARA SEMAKAN UPU ONLINE

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan keputusan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan:
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2024/2025

Tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi akan dikemaskini

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2024/2025

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

  • akan dikemaskini kemudian

CHECK PERMOHONAN RAYUAN UPU(E-RAYUAN UPUONLINE)

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

SOALAN LAZIM KEMASKINI UPUONLINE

Bilakah tarikh buka bagi tujuan kemaskini UPUONLINE?

  • 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan

Apakah maklumat yang perlu diupdate di UPUONLINE?

  • Sila rujuk info dalam artikel diatas.

Saya ada masalah semasa membuat kemaskini UPU?

  • Sila hubungi nombor hotline dibawah untuk pertayaan

Berapa nombor telefon UPUONLINE?

  • TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200

Boleh buat Rayuan UPUONLINE ke jika gagal?

  • Ya,boleh

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN KEMASKINI UPUONLINE

Sila rujuk info dibawah untuk maklumat lanjut dan pertayaan:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi,Kementerian Pengajian Tinggi,Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6,Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200

FAKS: 03 8870 6864

EMEL: [email protected]

Leave a Comment