CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUTCLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )

PERKESO akan memberikan sebanyak RM2000 kepada waris pekerja yang telah meninggal dunia. Waris boleh menuntut wang tersebut untuk menguruskan proses pengebumian arwah.

 

Khairat kematian ataupun dikenali juga dengan nama bantuan kematian adalah salah satu bentuk sumbangan kewangan untuk keluarga si mati. Khairat kematian ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga si mati dalam menguruskan perkebumian dan lain-lain.

 

Kami akan kongsikan cara buat tuntutan khairat kematian PERKESO yang mudah dan pasti lulus.

 

 

APA ITU PERKESO?

 

PERKESO ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (atau SOCSO : Social Security Organisation) ditubuhkan menurut kehendak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menyediakan bantuan tertentu contohnya perubatan dan kewanngan melalui skim tertentu kepada pencarum.

 

Manfaat ini turut boleh dinikmati oleh ahli tanggungan sekiranya berlaku kematian kepada pencarum dengan syarat tertentu.

 

Faedah Pengurusan Mayat

 

Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.

Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

 

Faedah Orang Tanggungan

 

Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

Orang Tanggungan dan Syer Kadar Harian
. Orang tanggungan dan syer kadar harian adalah mengikut keutamaan berikut:

 

 

 

Orang TanggunganSyer kadar harianKeterangan
Balu atau duda3/5Layak menerima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula (mulai atau selepas 1 Mei 2005)
Anak

 

Semua anak yang memenuhi syarat layak mendapat faedah termasuk anak kandung, anak tiri yang disara, anak angkat atau anak tidak sah taraf

2/5

(Jika balu atau duda meninggal dunia, bahagian anak menjadi 3/5)

•           Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)

•           Jika sedang belajar di Iinstitusi Pengajian Tinggi, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)

•           Bagi anak yang terencat mental atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya.

 

  1. Jika seseorang pekerja meninggal dunia akibat bencana pekerjaan dan tidak meninggalkan balu atau, duda atau anak, Faedah Orang Tanggungan akan dibayar kepada:

 

Orang TanggunganSyer kadar harianTempoh Bayaran
Ibu bapa4/10•           Layak menerima faedah seumur hidup
Adik-beradik3/10•           Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Datuk atau nenek

(Sekiranya ibu bapa tiada)

4/10•           Layak menerima faedah seumur hidup

 

 

 

Cara Permohonan Khairat Kematian PERKESO

 

Untuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap dan kemukan Salinan dokumen-dokumen yang berikut:

 

 

Serahkan dokumen tersebut di kaunter PERKESO yang berdekatan dengan anda.

 

Soalan Lazim

 

S : Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

J : Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta

 

S : Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

J : Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.

 

S : Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

J : Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

ARTIKEL LAIN 

DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO

9 thoughts on “CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )”

  1. hai assalammualaikum, saya ingin bertanya.. jika ayah saya meninggal dunia ketika umur 64 tahun, dan sudah lama berhenti kerja… adakah ayah saya layak untuk terima khairat kematian?

    Balas
  2. 1. berapa lama perlu buat urusan ini selepas pencarum meninggal dunia? ( due date)
    2. Bolehkah dokumen di serahkan melalui pos? atau bolekah wakil sahaja yg menghantar dokumen? (waris x perlu datang)
    3. 2023 masih valid ka khirat kematian?

    Balas
  3. Saya ingin bertanya, bapa saya telah meninggal pada umur 72 tahun Dan sudah lama berhenti kerja.. Ada ka bapa saya layak untuk menerima tuntutan kematian?

    Balas
  4. Suami saya meninggal pada umur 63 Tahun saya tidak dapat apa2 pun walau pun aruah suami pencarum

    Balas
  5. Saya ingin bertanya, ibu saya telah meninggal pada umur 66 tahun Dan sudah lama berhenti kerja.. Ada kah ibu saya layak untuk menerima tuntutan kematian?

    Balas
  6. Nak mentos saya sudah berumur 76 thn dan sudah meninggal dunia .beliau sebelum ini menerima bantuan socso sebagai waris dari suaminya. Adakah saya layak menerima bantuan khairat 2000

    Balas
  7. Suami saya meninggal pada 29.08.2023. Beliau telah berhenti kerja pada tahun 2018 atas sebab kesihatan. Adalah layak tuntut khairat kematian

    Balas
  8. Saya ibu tunggal mempunyai 4 orang anak masih belajar,dan tidak bekerja,15hb.09.2023 adik bujang saya telah meninggal kerana sakit,semasa hidup nye dia tanggung saya,dia pernah berkerja ada socso ketika dulu,ingin tahu adakah boleh saya mohon bantuan dari pihak socso? Atau apa kelayakan yg boleh saya terima? Terima kasih

    Balas

Leave a Comment