Isi Kandungan
KURSUS ONLINE PERCUMA (Permohonan & Dapat Sijil)
Pada masa kini, untuk mendapat peluang pekerjaan amatlah sukar terutamanya kepada para belia dan graduan baharu kerena pengurangan tawaran pekerjaan. Tetapi seharusnya peningkatan latihan diperlukan untuk bagi memudahkan anda untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda kursus kemahiran online percuma, semoga membantu.
TUJUAN KURSUS LATIHAN DIPERLUKAN
Ini adalah bagi peningkatan pengetahuan anda dalam bidang:
- Kemahiran (upskilling)
- Latihan semula (reskilling)
- Silang kemahiran (cross-skilling)
KURSUS ONLINE PERCUMA e-LATIH
e-Latih merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian dan merupakan salah satu inisiatif kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara atas talian dikala pandemik melanda.
Kelebihan Portal e-Latih
- Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
- Terdapat LEBIH 1,000 kursus atas talian ditawarkan
- Akses TANPA HAD & PERCUMA
- Pembelajaran SEPANJANG HAYAT
- Disertakan SIJIL selepas tamat kursus
Cara Daftar e-Latih
- SIGN UP melalui portal e-latih – https://elatih.hrdcorp.gov.my/
- Isikan maklumat pada bahagian Account Information & Personal Information
- Create Account
Kursus Tersedia di e-Latih
- Terdapat pelbagai kategori kursus yang dibuka untuk pendaftaran di portal e-LATiH yang boleh dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang seperti pembangunan peribadi, pengurusan projek, kepimpinan, pemasaran & inovasi, pengaturcaraan, pendigitalan, kemahiran kewangan, bahasa, komunikasi dan banyak lagi.
Cara Permohonan Kursus di e-Latih
- PILIH kursus di halaman utama portal e-LATiH
- Klik ENROL NOW untuk mendaftar
- Klik WATCH NOW & tonton ceramah sampai habis, atau
- TANDAKAN BOOKMARKS untuk sertai kursus di kemudian hari
Cara Dapatkan Sijil di e-Latih
- Setelah selesai ikuti ceramah, barulah sijil akan diberikan. Kesemua sijil yang korang dah dapat korang boleh tengok di bahagian dashboard portal e-LATiH secara percuma
PLATROM KURSUSONLINE PERCUMA
Terdapat juga beberapa paltform percuma yang anda boleh ikuti antaranya:
SENARAI KURSUS ONLINE PERCUMA | PAUTAN |
United States Institute of Pece free online courses with free certificates | https://scholarshipscorner.website/ |
Asian Development Bank free online courses with free certificates | https://elearning-adbi.org/ |
King’s College London free online courses with free certificates | https://www.kcl.ac.uk/ |
Google Free Digital Marketing Course with free certificates | https://learndigital.withgoogle.com/ |
World Health Organization free online courses with free certificates | https://openwho.org/ |
Google Analytics Academy free online courses with free certificates | https://analytics.google.com/analytics/academy/ |
UNICEF free online courses with free certificates | https://agora.unicef.org/ |
Creating Digital Content free online program with free certificates | https://www.futurelearn.com/programs |
KURSUS ONLINE PERCUMA PENJAWAT AWAM
Kepada para penjawat awam yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang perkhidmatan yang diceburi, anda boleh mengikuti kursus secara online menerusi pautan berikut:
- DTIMS (Digital Training Information & Management Systems)
- EPSA (e-Pembelajaran Sektor Awam)
- INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)
ARTIKEL BERKAITAN:
SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (Permohonan Semakan Kursus Induksi SLDN)
CARA BUKA & DAFTAR AKAUN JOBSTREET (Cari Kerja Kosong Gaji Menarik)