LAPORAN KREDIT CTOS ONLINE: Cara Dapatkan MyCTOS(ctoscredit.com.my)

LAPORAN KREDIT CTOS ONLINE: Cara Dapatkan MyCTOS(ctoscredit.com.my)

LAPORAN KREDIT CTOS

Kepada yang berminat untuk mengetahui adakah pinjaman kewangan mereka akan diluluskan atau tidak. Tahukah anda bahawa kebarangkalian untuk pinjaman diluluskan dapat diketahui dengan memeriksa laporan kredit terlebih dahulu. Bagaimana cara dapatkan laporan CTOS secara online? Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan CTOS secara online untuk dapatkan Laporan Kredit dengan mudah. Semoga membantu

 

APA ITU CTOS

Credit Tip Off Service (CTOS) menyediakan laporan kredit yang digunakan secara meluas oleh institusi kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon. Secara amnya, CTOS merupakan salah satu Agensi Pelaporan Kredit (CRA) swasta di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Lazimnya, institusi kewangan di Malaysia menggunakan lebih daripada satu laporan kredit untuk mengetahui tahap kesihatan kredit pemohon.

 

PERBEZAAN CTOS DENGAN CCRIS

Berikut adalah merupakan perbezaan antara dua sistem ini:

  • CCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM)
  • CTOS pula merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM.

Nota: Walaupun laporan kredit yang kurang baik boleh menyebabkan seseorang tidak lulus pinjaman bank, tapi kedua-dua badan ini tidak mengeluarkan senarai blacklist yang menghalang mana-mana individu dari membuat pinjaman.

 

CARA DAFTAR CTOS ONLINE

Sebelum anda ingin login ke portal semak status CTOS online, anda perlu buat pendaftaran dahulu. Berikut adalah cara daftar CTOS:

  1. Layari laman web rasmi CTOS:https://ctoscredit.com.my/
  2. Tekan Daftar Sekarang.
  3. Pilih jenis dokumen. pilih MyKad jika anda warganegara Malaysia
  4. Sila isikan Butiran yang diperlukan seperti:
    • Nama penuh
    • Nombor kad pengenalan
    • Email (pastikan yang aktif)
    • Nombor telefon
  5. Seterusnya klik Get Verification Code. Masukkan Verification Code yang diterima untuk buat pengesahan
  6. Klik “Continue”
  7. Masukkan Katat Lalauan anda inginkan, Muat Naik Kad Pengenalan anda, Masukkan Alamat rumah anda, tekan Continue
  8. Jawab soalan yang tertera, klik Complete setelah selesai.
  9. Email pengesahan akan dihantar ke email anda untuk memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan,
  10. Pendaftaran selesai.

 

CARA LOGIN CTOS

Setelah selesai proses pendaftaran seperti di atas, anda sekarang boleh login Akaun CTOS. Berikut adalah cara Login:

  1. Layari laman web rasmi CTOS:https://ctoscredit.com.my/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan Kata laluan anda
  4. Klik Login. Anda telah berjaya login akaun CTOS anda

 

CARA DAPATKAN LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA

Sekiranya anda ingin laporan kredit CTOS anda, berikut adalah caranya:

  1. Layari laman web rasmi CTOS:https://ctoscredit.com.my/
  2. Login akaun anda
  3. Pada paparan utama akan memaparkan maklumat asas berkaitan Laporan Kredit CTOS anda
  4. Untuk dapatkan maklumat terperinci, klik pada Get Your CTOS Score Now.
  5. Isikan Kata Laluan anda dan klin Get Report.
  6. Anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Selesaikan proses pembayaran anda
  7. Selesai

NOTA: Laporan CTOS yang lengkap berharga RM25

 

MAKLUMAT DALAM LAPORAN CTOS

Laporan CTOS akan memaparkan maklumat berikut:

  • Pengesahan identiti
  • Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
  • Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
  • Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
    • Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
    • Rekod cek tidak sah
    • Komen anda

 

PANDUAN DAPATKAN SKOR CTOS TERBAIK

Sekiranya anda ingin dapatkan skot CTOS yang terbaik, seharusnya anda harus amalkan:

  • Pembayaran bil-bil anda tepat pada masanya.
  • Segera menyelesiakan bayaran hutang tertunggak.
  • Pastikan jumlah hutang rendah dan pembayaran bulanan anda dengan berdisiplin
  • Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
  • Semak laporan MyCTOS secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CTOS

Kenapa Perlu Buat Semakan CTOS?

  • Jika laporan MyCTOS kita baik, kemungkinan untuk pinjaman bank diluluskan adalah tinggi.

Kenapa laporan kredit itu penting?

  • Pentingnya mempunyai laporan kredit yang baik bukan sahaja terhad kepada produk kewangan sahaja. Bakal pemilik hartanah juga ingin menyemak laporan kredit pemohon sebelum membuat keputusan untuk menyewakan hartanah mereka atau tidak. Bahkan ada majikan yang menyemak laporan kredit untuk proses permohonan kerja.

Apakah Maklumat yang Disediakan dalam Laporan CTOS?

  • Laporan CTOS menyediakan laporan lengkap berkaitan seperti status kebankrapan peminjam, tindakan undang-undang dan kes-kes mahkamah yang sedang berlansung atas nama peminjam. Selain itu, ia juga menyediakan maklumat berkaitan perniagaan individu, pemilikan perniagaan (jika ada), penglibatan dalam aktiviti kewangan perniagaan dan sebagainya. Sama seperti CCRIS, CTOS tidak memberikan sebarang ulasan, pendapat atau menyenarai hitam mana-mana individu.

Adakah CTOS memutuskan untuk meluluskan pinjaman dan permohonan kredit saya?

  • Tidak. CTOS hanya membekalkan maklumat kepada pelanggan kami. Sebarang keputusan berkenaan kelulusan atau kegagalan dilakukan oleh pihak peminjam sendiri.

 

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut tentang  LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA,semak status CTOS online boleh didapati melalui laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:

Tags: #APPLY LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #CARA DAPATKAN LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #CHECK LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #LAPORAN KREDIT CTOS #LAPORAN KREDIT CTOS ONLINE: Cara Dapatkan MyCTOS(ctoscredit.com.my) #LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #MAKLUMAT DALAM CTOS #MUAT TURUN LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #PANDUAN DAPATKAN SKOR CTOS TERBAIK #PERBEZAAN CTOS DENGAN CCRIS #PERMOHONAN LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #SEMAKAN LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA #SOALAN LAZIM (FAQ) CTOS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      Amirul bin azmam1 tahun ago

      950515115579 1111129000159678

      Reply
    2. author

      Amirul bin azmam1 tahun ago

      950515115579 bsn1111129000159678

      Reply

    Leave a reply "LAPORAN KREDIT CTOS ONLINE: Cara Dapatkan MyCTOS(ctoscredit.com.my)"