PERMOHONAN BARU BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) 2022 (No Telefon Whatsapp)
Kerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan apabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul PrihatinNegara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad PrihatinNegara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
APA ITU BAKUL PRIHATIN NEGARA
Bakul Prihatin Negara merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
KANDUNGAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
Bakul Prihatin ini mengandungi barang keperluan asas seperti berikut:
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
Setiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan boleh dibuat kepada semua rakyat yang terjejas akibat COVID-19.
dah semak kelayakan BANTUAN KASIH PRIHATIN?
CARA PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM)
Jika anda terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh membuat permohonan melalui 4 kaedah berikut:
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
- Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
- Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
- Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.
BORANG PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM)
Sila muat turun Borang Permohonan BakulPrihatin disini:
SOALAN LAZIM
APAKAH KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN INI?
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon BakulPrihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan
sepanjang pendemik COVID-19.
BAGAIMANAKAH DENGAN KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATINNEGARA?
Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul PrihatinNegara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon. Pemohon akan menerima Bakul PrihatinNegara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.
ADAKAH DIBENARKAN UNTUK MENERIMA LEBIH DARIPADA SATU (1) BAKUL?
Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul sahaja.
Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda ingin tahu tentang Bakul PrihatinNegara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my
Tags: #APA ITU BAKUL PRIHATIN NEGARA? #Apa kandungan Bakul Prihatin Negara? #APAKAH KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA? #BORANG PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #CARA APPLY BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #CARA DAFTAR BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #CARA MOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #CARA PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #KANDUNGAN BAKUL PRIHATIN NEGARA #MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) #PERMOHONAN BARU BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM) 2022 (No Telefon Whatsapp) #SYARAT KELAYAKAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
Amirul bin azmam12 bulan ago
Jkm
Rozana Abdullah12 bulan ago
Saya ibu tunggal hanya membuat kuih basah, nega kecil²lan depan rumah.. Rumah pun sewa
Alishah12 bulan ago
Sya memerlu kan bntuan Jika ada. Kerana suami kene cuti tampa gaji. Jkm
sathiyavathy12 bulan ago
saya suami tidak kerja..tolong banthu Jkm
IZAILIANA BINTI ISMAIL12 bulan ago
Saya memerlukan bantuan (jika ada) kerana saya tidak bekerja dan pendapatan suami saya tidak menentu sewaktu pkp ini. Suami saya bekerja sendiri.
Amirul bin azmam12 bulan ago
0ku
Amirul bin azmam12 bulan ago
Amirul bin azmam
IRis Tan AI lee12 bulan ago
Perkerjaan tidak Ada macam Mana Kita rakyat hidup sampi bila terkurung ? Sekian ucapkan ribuan terimahkasih tuan
Chiam Swee Wah12 bulan ago
Saya tak ada kerja boleh tolong bantu..makan 0162686739
Fazli Shahida binti Mohamed din12 bulan ago
Saya ingin membuat permohonan bantuan bakul makanan kerana kami sekeluarga tiada sumber pendapatan sekarang kami sekeluarga amat memerlukan bantuan bakul makanan sekarang mintak sangat bantuan ini
Komathy Ramasamy12 bulan ago
saya ibu tunggal dengan anak 2 orang. ingin meminta bantuan bakul prihatin negara
Gilang amir 3D12 bulan ago
Kami membutuhkan bantuan anda
Kami sangat kekurangan ekonomi untuk membeli dan menafkahi anak dan istri
Muhammad akid12 bulan ago
Bakul prihatin.. insyallah ikhtiar .. da telor di hujung tnduk.. semua hmpir ditarik
Wan rosnizam bin wan othman12 bulan ago
Saya perlukan bantuan tolonggg !