PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2023 (Gaji Tugas Tempat Latihan)

PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2023 (Gaji Tugas Tempat Latihan)

LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan (LPS) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan LPS berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil dan Diploma adalah satu kursus yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk lepasan SPM yang berusia antara 17 hingga 25 tahun

 

JENIS LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Terdapat dua jenis latihan yang tersedia iaitu:

  • Latihan Separa Perubatann Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
  • Latihan Separa Perubatann Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

 

SYARAT KELAYAKAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatann yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatann.
  • Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV yang berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.

 

JENIS JAWATAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Berikut adalah merupakan antara jawatan latihan bertaraf Diploma yang ditawarkan iaitu:

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Jururawat
2.Latihan Penolong Pegawai Perubatan
3.Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4.Latihan Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)
5.Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
6.Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
7.Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
8.Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9.Latihan Juruteknologi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)
10.Latihan Juruterapi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Berikut adalah merupakan antara jawatan latihan bertaraf Sijil yang ditawarkan iaitu:

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Pembantu Kesihatan Awam
2.Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

 

SESI PENGAMBILAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatann adalah 2 kali setahun iaitu bagi:

  • Kemasukan Januari
  • Kemasukan Julai

 

CARA PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan SPA9:
  2. Log masuk ke menggunakan No kad pengenalan dan kata laluan anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu
  3. Pada paparan utama klik pada Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
  4. Pergi ke bahagian SPM/Setaraf, pilih jawatan Latihan Separa Perubatann yang ingin dipohon di bahagian pilihan jawatan dengan klik + tambah.
  5. Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan pilihan, klik Seterusnya
  6. Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik seterusnya
  7. Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak Setuju jika anda setuju dan klik Hantar
  8. Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon.
  9. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang.

NOTA: Maksimum sebanyak 15 jawatan sahaja yang boleh dimohon

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonna latihan separa perubatann SPA9, sila layari website rasmi SPA9 di pautan https://spa9.spa.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment