JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2023 (ANM)
Bila tarikh pembayaran gaji bulanan tahun 2023 bagi penajwat awam/kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja.
Disini kami akan kongsikan lampiran jadual pembayaran gaji atau emolumen bulanan kakitangan awam / penjawat awam bagi tahun 2023 mengikut tarikh gaji sepertimana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia
Jadual pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2023 yang disertakan ini adalah rasmi berdasarkan rujukan terhadap surat pekeliling tarikh dan peraturan pembayaran gaji terkini yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
TUJUAN PENYEDIAAN JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM
Umum sedia maklum bahawa jadual bayaran gaji bulanan yang dikeluarkan setiap tahun telah memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang serta menguruskan perbelanjaan isi rumah mahupun kewangan peribadi dengan lebih teratur dan berhemah
TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2023
Berikut dikongsikan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2023 bulanan kakitangan kerajaan sektor perkhidmatan awam termasuklah tarikh dan hari pembayaran dibuat:
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 17.01.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
Februari | 24.02.2023 | Jumaat | – |
Mac | 24.03.2023 | Jumaat | – |
April | 17.04.2023 | Isnin | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu &Ahad) |
Mei | 25.05.2023 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
Jun | 23.06.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
Julai | 25.07.2023 | Selasa | – |
Ogos | 25.08.2023 | Jumaat | – |
September | 25.09.2023 | Isnin | – |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | – |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
CARA SEMAK & MUAT TURUN PENYATA GAJI
Kepada penjawat awam yang ingin menyemak dan emmuat turun penyata gaji, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari pautan ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) JANM https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/
- Log masuk menggunakan no Kad Pengenalan dan Kata laluan anda
- Pada bahagian Penyata gaji, klik pada Sendiri
- Pilih pada Tahun dan Bulan yang anda inginkan dan klik Cari
- Kemudian pada Bahagian Penyata Gaji, klik pada pautan warna biru untu memuat turun penyata tersebut.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lengkap berhubung dengan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2021 boleh rujuk melalui judul pautan surat pekeliling Akautan Negara Malaysia Jadual Gaji 2023 yang disertakan di di portal rasmi Jabatan Akaunatan Negara Malaysia
ARTIKEL LAIN
ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
PERMOHONAB JAWATAN PENYELIA/PEMBANCI SAMBILAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020
Saya berharap semoga jawatan penyelia/pembanci sambilan banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020 diterimah kerana saya yakin dapat melakukan kerja yang baik,jujur dan bertanggungjawab..