LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2023:PERMOHONAN LESEN PERCUMA
Program lesen motosikal percuma diteruskan lagi tahun 2023.
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan lesen motosikal percuma 2023 di bawah LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS)
Untuk makluman, pemberian lesen motor percuma ini hanya terhad untuk 25,000 orang sahaja.
TARIKH PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS)
Tarikh permohonan akan dikemaskini setelah dimaklumkan.
Sekiranya anda berminat, sila isi borang permohonan secara online sekarang!
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
Berikut antara syarat-syarat memohon lesen motosikal percuma:
- Permohonan hanya boleh dibuat online / manual
- Pemohon mestilah berumur 16 – 40 tahun untuk lesen B2 sahaja
- Terbuka kepada bujang dan berkahwin
- Terbuka untuk anak jati Terengganu / yang sudah bermastautin lebih 10 tahun di negeri tersebut
- Berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
- Pemohon hanya boleh mohon sekali sahaja
- Yang masih bersekolah / belajar di IPT layak memohon namun perlu pengesahan tempat pengajian masing-masing
- Latihan memandu mestilah di Institut Memandu di Terengganu sahaja
- Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPJ / PDRM
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, anda boleh mengisi borang permohonan online di sini.
CARA PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2023
- Layari http://idana.terengganu.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan pada butang SEMAK
- Tanda pada kotak Lesen B2 dan tekan pada butang PERMOHONAN BARU
- Baca syarat kelayakan dan tandakan pada kotak pengakuan serta tekan pada butang SETUJU
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan tekan pada butang HANTAR PERMOHONAN setelah selesai isi kesemua maklumat anda
Untuk memohon secara manual, terdapat beberapa dokumen yang perlu diserahkan MPKK antaranya:
- Kad Pengenalan
- Slip Gaji / Pengesahan Tempat Belajar
- Jika tiada slip gaji perlu kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim
- Pemohon OKU mesti mengepilkan bersama salinan Kad OKU
SEMAKAN KEPUTUSAN LESEN MOTOR PERCUMA
Semakan pemberian lesen motor percuma kini boleh disemakan di portal rasmi iDANA Terengganu.
SOALAN LAZIM LMTS 2023
Bagaimana bantuan ini dibayar/diagihkan?
Pemohon yang telah layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan dalam bentuk baucar.
Baucar tersebut boleh didapatkan pada tarikh yang akan dikemaskini. Dengan menggunakan baucar tersebut, penerima hendaklah membawanya ke mana-mana Institut Latihan Memandu yang berdaftar serta terpilih di negeri Terengganu sahaja.
Kemudian pemohon akan menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus seterusnya berjaya mendapatkan lesen motosikal B2 anda
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN TENTANG PERMOHONAN LMTS 2023
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan LMTS 2021, anda boleh menghubungi butiran yang telah disediakan seperti berikut:
Tel. : 09-623 1957
Fax : 09-625 1990
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
E-mail : [email protected]
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SETIAP NEGERI (Senarai Projek Terkini)
Saya nak buat permohonan lesen percuma
Saya nk buat permohonan lesen percuma
Saya nak buat learn motosikal percuma
Saya nak buat lesen motosikal percuma
Saya nak buat lesen motor gratis
Saya nak buat lesen motosikal percuma
Saya nak buat lesen motosikal percuma
Yaallah, saya nak buat lesen motor percuma tolong lah yaallah
tahun 2022 masih ada ke untuk lesen motor ni
permohonan lesen percuma
Saya nk buat permohonan lesen percuma
Yaallah ,sya nk buat lesen moto percuma
Bila tarikh pendaftaran lesen percuma untuk 2023
saya nak buat lesen motor percuma
saya nak buat lesen motor percuma
Saya nak lesen
permohonanan lesen motor
Saya nak lesen motosikal B2 percuma
Tumpang ty mcm mne nk mohon lesen b2 percuma..
Saya nak buat lesen motosikal b2 percuma